DISAHKAN mengalami masalah kesuburan menjadi jadi igauan ngeri tidak kira lelaki atau wanita. Bagi lelaki, individu itu akan mudah rasa rendah diri dan malu, termasuk menundingkan kesalahan kepada pasangan kerana ego.

Artikel kali ini akan membincangkan tentang masalah kesuburan lelaki.

APA ITU AZOOSPERMIA?

Masalah Azoospermia ialah situasi yang mana air mani langsung tiada kandungan sperma untuk proses persenyawaan. Kira-kira 10-15 peratus lelaki di dunia dan 1 peratus lelaki di Malaysia mengalami masalah ini.

KESAN

Ia salah satu masalah lelaki yang menghalang mereka mendapat zuriat selain masalah lazim lain seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

PUNCA

  • Kemalangan jalan raya atau terjatuh hingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma.
  • Jangkitan virus kuman pada bahagian prostat atau testis yang lambat dirawat. Akhirnya, virus merebak ke kawasan spermatogenesis iaitu sel yang menghasilkan sperma sekali gus menjejaskan fungsi.
  • Faktor genetik disebabkan gen ibu bapa yang membawa kepada masalah itu.

RAWATAN

  • Pesakit perlu menjalani ujian menentukan kandungan sperma dalam air mani. Ubat akan diberikan untuk merangsang pengeluaran hormon yang bertindak menghasilkan sperma.
  • Selepas itu, pesakit perlu sekali lagi menjalani ujian air mani sekali lagi jika testis dalam keadaan normal. Namun biasanya keputusan ujian air mani kedua akan menunjukkan kehadiran kandungan sperma walaupun sedikit.
  • Jika testis bermasalah, keputusan ujian kedua biasanya akan tetap sama iaitu masih tiada sperma dikesan dalam air mani.
  • Pembedahan kecil ialah alternatif yang mana sedikit tisu akan diambil daripada testis untuk diuji di makmal sama ada sperma dihasilkan atau tidak daripada lelaki berkenaan.
  • Jika sperma dapat dikesan dalam tisu testis, maka azoospermia mungkin berlaku, disebabkan saluran yang membawa sperma untuk dicampurkan air mani tersumbat atau rosak.
  • Pembedahan membetulkan kembali saluran itu akan dijalankan. Selepas pembedahan, biasanya penghasilan sperma kembali normal.
  • Namun, sekiranya hasil pembedahan biopsi itu tidak dapat mengesan sebarang kewujudan sperma, tiada lagi rawatan yang boleh dilakukan.

SUMBER: SuamikuAzoo

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda