AYAH yang sayangkan diri sendiri, isteri dan anak akan cuba berhenti merokok apabila mengetahui bahaya dan kesannya kepada kesihatan. Memang tidak mudah berhenti merokok setelah bertahun menjamah asapnya.

Namun, jika ada keazaman yang kuat, semua pasti boleh dilakukan. Bagi ayah yang sudah nekad berhenti tetapi masih tidak berjaya. Apa kata cuba 8 tip ini dahulu secara pelahan-lahan.

Semoga ayah berjaya berhenti merokok, ya. Ayah sihat, isteri dan anak sihat. Semoga bermanfaat.


Anda berhadapan dengan ahli keluarga yang merokok?

Rasa susah untuk nasihat mereka? Sukar untuk berhenti?

Saya senaraikan lapan langkah terbaik untuk menghentikan tabiat merokok.

1. SEDUT MINUMAN

Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan straw, ia akan mengganti dan membantu untuk menhenti keinginan menyedut rokok.

2. MENGUNYAH DAN MAKAN

Salah satu cara untuk melupakan kita dengan tabiat merokok ialah ambil apa-apa makanan. Kerapkan makan. Bagi mengelakkan kenaikan berat badan, ambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol. Kuantiti sedikit secara kerap. Ambil buah-buahan contohnya, Mengunyah chewing gum juga bagus.

3. PENUHKAN JADUAL BULANAN ANDA

Ini paling best! Buat jadual bulanan secara tetap. Sebelum masuk bulan baru, pastikan anda buat jadual harian selama sebulan. Padatkan rutin harian. Semakin sibuk anda, semakin lemah keinginan anda terhadap perkara lain seperti merokok.

4. BANYAKKAN AKTIVITI SIHAT

Berbasikal, bersukan dan berlari contohnya. Sibukkan diri dengan aktiviti sukan dan lasak akan menjadikan hidup lebih bermanfaat.

5. INGAT SEMULA KENAPA ANDA MAHU BERHENTI MEROKOK

Tulis besar-besar di dinding, di pintu peti ais, di dapur dan di bilik. Letak gambar keluarga dan anak-anak. Anda pasti akan sentiasa bermotivasi dengan matlamat asal anda.

6. SIMPAN DUIT SETIAP HARI

Jadikan amalan menyimpan wang yang selama ini anda guna untuk beli rokok dengan menyimpan di tabung. Kalau sebelum ini setiap hari beli sekotak rokok berharga RM10 contohnya. Sekarang simpan nilai berkenaan setiap hari di tabung simpanan anda. Bila keinginan untuk merokok datang, lihat kembali berapa banyak wang yang telah anda simpan semenjak berhenti merokok.

7. TULIS SEMUA TRIGGER KEPADA MEROKOK

Anda mesti tahu apa situasi yang menyebabkan anda akan merokok. Tulis dan senaraikan semuanya. Kenalpasti kelemahan anda. Elakkan! Tidak guna kalau mampu berhenti tiga bulan tapi merokok semula hanya kerana perkara yang anda sendiri boleh elak.

8. KEEP ON TRACK

Kekalkan momentum dan motivasi anda. Banyakkan hadiri program bermanfaat seperti ceramah agama, aktiviti bersama keluarga, create hobi baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan matlamat anda. Jangan putus asa!

SUMBER: Ezairy M.Sallih

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda