SUDAH menjadi kebiasaan menyediakan susu ibu yang telah dibekukan untuk bekalan anak pada esoknya. Kita lupa bahawa pentingnya mengimbangi jumlah bekalan susu ibu agar anak mendapat susu perahan ibu yang segar.

Berikut adalah perkongsian seorang ayah, Pak Cik Bakar Baharom yang dipetik menerusi laman Facebooknya, tentang tip penyediakan susu ibu dalam pengambilan anak setiap hari untuk dibekalkan kepada pengasuh.

Berikut adalah perkongsiannya:-

BACA>>> 7 Kesalahan Penyimpanan Susu Ibu Yang Boleh Mendatangkan Bahaya Kepada Bayi

Jorney To Succesfully Breastfeeding

Edisi: Daily feeding anak kena lah ada yang fresh!

Okay, maybe panjang sikit tapi newly BF parent kena take note sebab penting untuk kita supply susu yang fresh juga dalam intake seharian anak kita. Barulah bertambah sihat kan?

STEP 1

Anda bangun lebih awal untuk express susu fresh, bajet untuk 1 kali feeding, ikut lah perut anak masing-masing ya.

Susu perahan awal pagi anda label sebagai “1st”

STEP 2

Susu EBM yang anda thaw label sebagai 2,3,4 dan seterusnya lah kalau intake anak anda kuat minum susu.

STEP 3

Semalam anda ada expressed susu kan? Jangan bekukan semua. 1 botol anda biarkan di peti sejuk bawah.

Label sebagai “last”

Okay, cara-caranya:

Pesan pada pengasuh suruh bagi susu ikut aturan nombor.

Nampak tidak kita berjaya mengimbangi intake anak dalam penyusuan. Kiranya dapat lah dia susu fresh juga seharian kita bekerja.

Tujuan kita sebab nak balance flow freshness EBM dalam freezer at the same time kita tidak lah sumbat susu beku saja hari-hari… sian budak…hihi

Oh ye, susu yang last itu… kalau tidak habis dan tidak bersentuh… bolehlah di bekukan asalkan suhunya masih terjaga.

Semoga bermanfaat semua!

Happy breastfeeding!

BACA>>> Panduan Lengkap Cara Simpan Susu Ibu untuk Bayi

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda