WANITA sanggup berhabis duit dan mengambil risiko bahaya semata-mata mahu dilihat cantik? Buka laman Facebook dan lihatlah, ada saja iklan produk kecantikan untuk wanita yang pelbagai jenis dan jenama seperti krim memutihkan kulit, menghilangkan jerawat, dan supleman kulit gebu.

Tahukah anda ada beberapa produk penjagaan kulit yang biasa kita lihat di kedai jamu atau atas talian, rupa-rupanya beracun dan berbahaya. Berikut 5 produk kosmetik yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai berbahaya kepada pengguna.

LAPORAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

1. DEEJA COSMETIC STAR CREAM

Dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin.


2. DEEJA COSMETIC VOGUE CREAM

Dikesan mengandungi racun merkuri.


3. DEEJA KRIM NANO (NIGHT)

Dikesan mengandungi racun merkuri.


4. MIRACLE WHITE-BRIGHTENING CREAM

Dikesan mengandungi merkuri.


5. DELUXE BEAUTY- ULTRA LIGHTENING CREAM

Dikesan mengandungi merkuri.


BAHAYA HYDROQUINONE DAN TRETINOIN

  • Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, perubahan warna kulit dan kulit boleh jadi terlalu sensitif.
  • Kesan penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya.
  • Meningkatkan risiko kanser kulit.

BAHAYA MERKURI

  • Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
  • Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak atau bayi dalam kandungan.
  • Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudian memasukkan jari mereka ke dalam mulut.
  • Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain terhadap kulit.

PERINGATAN 

Kepada mereka yang menggunakan produk kosmetik seperti dinyatakan, anda dinasihatkan supaya segera berhenti dan cuba dapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.

SUMBER: KPKKesihatan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda