TIDAK dinafikan kadang-kadang ketika kita marah dan gagal mengawal emosi boleh menyebabkan tindakan luar kawalan menjadi punca kita memukul, memaki hingga memarahi anak sebagai salah satu hukuman.

Bahaya tau. Mahu menghukum anak ada caranya. Jika boleh jangan buat hukuman yang disenaraikan di bawah ini kerana ia akan beri kesan jangka panjang kepada emosi anak-anak.

Ini adalah 5 hukuman wajib dielak oleh semua ibu bapa. Ambil perhatian ya!


5 CARA HUKUMAN YANG BAHAYA PADA ANAK. MAK AYAH WAJIB TAHU!

1. PUKUL MUKA

Pukulan di muka dan kepala bukan saja dilarang di dalam agama tetapi silap haribulan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak dan juga perdarahan di dalam otak.

2. MENAMPAKKAN KEMARAHAN SECARA MELAMPAU

Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tapi bila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tidak stabil anak akan menganggap hukuman yang beri itu sebagai pemuas nafsu amarah kita.

Jangan terkejut kalau anak boleh berdendam kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tidak terkawal.

BACA>>>  Guna 7 Cara Ini untuk ‘Ajar’ Anak Remaja yang Bermasalah

3. MEMUKUL SAMPAI CEDERA ATAU LUKA

Rotan dibolehkan dalam agama tapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam itu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit.

Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik nak mendidik saja. Bukan sebagai cara nak lepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.

4. HYPERCRITICAL DENGAN ANAK SENDIRI

Anak tertumpah air sikit kita bebel. Anak tersilap sikat rambut sikit kita marah.
Anak tidak sengaja tumpahkan makanan sikit pun kita melenting. Anak salah pakai selipar pun kita sudah mula naik angin dan bebel tidak berhenti.

Mak ayah yang hypercritical ini bukannya tidak sayang anak tapi ada benda yang tidak setel dengan emosi dalamannya. Kalau tidak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar.

5. MEMAKI DAN MENGHERDIK TIDAK BERHENTI

Emosi anak kita tersangat lah rapuh. Bukan cuma fizikal anak saja sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa saja benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak.

Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi. Anak-anak yang biasa kena penderaan emosi ini akan tertinggal dalam pelajaraan, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri!

#JomKawalEmosi

BACA>>> 10 Tip Atasi Rengekan Anak, Tidak Semua Kemahuan Perlu Dipenuhi!

P/S: Tolong ingatkan pasangan masing-masing. Jangan sampai anak sudah besar baru nak ubah cara didikan. Parut di kulit mungkin boleh hilang tapi parut kecederaan emosi dan psikologi akan efek si anak sampai ke tua nanti.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda