KONONNYA kita sombong kalau dilarangnya dia mencium anak kecil kita. Tetapi kita sebenarnya ada hak sebagai ibu bapa untuk tidak membenarkan sembarangan orang mencium bayi kita. Malumlah, orang yang hendak sentuh itu belum tentu sihat dan bersih.

AWAS! Kebiasaan mencium atau izinkan orang luar mencium bayi kita berisiko menularkan penyakit berjangkit yang boleh membahayakan kesihatan si anak. Tabiat suka mencium mulut bayi paling berbahaya kerana bakteria dan virus boleh dipindahkan melalui air liur.

Berikut beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum mencium bayi:

PASTIKAN KEBERSIHAN SEBELUM CIUM BAYI

Sebelum cium dan sentuh bayi, pastikan tangan dan wajah kita bersih. Pastikan juga bayi dalam keadan sihat kerana bayi yang sakit lebih mudah untuk dijangkiti kerana keadaan daya ketahanan badan sedang lemah.

Ciuman pada mulut bayi dikatakan dapat memindahkan kuman atau virus melalui air liur yang boleh ditelan. Antara penyakit yang boleh dipindahkan melalui air liur adalah Pneumococcal Disease (IPD) yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan atau komplikasi radang paru-paru.

TETAPKAN PERATURAN

Lantaklah orang kata kita sombong! Demi kesihatan anak, terpaksa kita berkorban. Kita mesti sediakan peraturan sebelum beri orang pegang atau cium bayi. Antara strategi yang kita boleh guna untuk kurangkan perasaan orang dari tersinggung kerana tidak beri mereka cium;

Ibu atau ayah boleh bercakap seolah-olah bayi anda yang sedang bercakap’ “Aunty dan uncle boleh pegang tangan dan sentuh kaki saya, tapi tak boleh cium saya ok”. Secara tidak langsung kita sudah memberi tanda supaya mereka jangan cium bayi dan hanya boleh sentuh sahaja.

ELAKKAN CIUM KAWASAN MUKA 

Kawasan muka merupkan daerah sensitif. Kuman bukan hanya boleh tersebar melalui ciuman, tapi apabila kita bersin dan batuk pun kuman boleh merebak ke bayi. Jangan sentuh bahagian muka bayi sewaktu kita kurang sihat. Lebih baik lagi, jangan berinteraksi dengan bayi ketika kita dalam keadaan tidak sihat.

HATI-HATI BAYI JIKA PRAMATANG 

Salah satu masalah yang kerap ditemui pada bayi pramatang adalah gangguan pernafasan dan lebih terdedah kepda jangkitan kumat kibat daya tahan badan yang lemah.

Bagi bayi yang alergi, risiko untuk mendapat jangkitan adalah lebih tinggi. Bersentuhan kulit dengan orang yang dijangkita kuman juga boleh mengakibatkan bayi mendapat penyakit. Selain bersentuh, virus juga disebarkan menerusi udara.

BAHAYA AIR LIUR 

Doktor gigi kanak-kanak dari Allison Park, Pennsylvania, Amerika Syarikat, Dr. Jane Soxman menjelaskan bahawa mencium mulut bayi merupakan aktiviti yang tidak baik untuk kesihatan bayi.

Ciuman boleh memindahkan air liur yang mengandungi bakteria Streptococcus mutans. Bukan setakat itu sahaja, yang kita selalu tiup-tiup makanan bayi pun bahaya tau. Senang-senang kuman terbang masuk makanan bayi!

Sebaiknya, jangan beri sembarangan orang cium dan dukung bayi kita. Kalau hendak sangat cium, kurangkan sentuh kawasan mulut bayi. Boleh juga kita cium kening atau dahi bayi untuk elakkan jangkitan. Semoga bermanfaat buat semua.

SUMBER: ABC.HealthNews.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda