NAMPAK remeh dan ringan, namun jika diambil sambil lewa, kesan sampingan lebih buruk boleh berlaku.

Cebisan kertas itu jika lambat dikeluarkan mungkin boleh menyebabkan komplikasi lebih teruk berlaku pada bayi sekiranya ia sudah memasuki saluran pernafasan yang boleh menyebabkan jangkitan.

Berikut adalah perkongsian Dr Ezairy M Sallih tentang perkara ini untuk pengajaran semua ibu bapa untuk lebih berhati-hati di rumah.

BACA>>> Doktor Ini Kongsi Cara Kenal Pasti Anak Telah Masukkan Benda Asing Ke Dalam Hidung

Seorang ibu muda bersama anak kecil tiba di wad. Wajah mereka ketakutan. Si anak kecil berlindung di balik pelukan si ibu. Jam sudah menunjukkan jam sebelas malam.

Dah berapa lama ini ada kat situ?” Soal saya, merujuk kepada objek yang ada di dalam rongga hidung anak kecil itu.

Ibu itu teragak-agak. Si anak kecil mulai menangis.

Menurut si ibu, anak kecil ini sudah tiga kali memasukkan kertas ke dalam hidungnya. Dia main-main kertas, koyak-koyakkan ia dan masukkan ke dalam hidung. Allah!

Dan ini bukannya sekali dua, tetapi sudah kali keempat. Katanya nak beri anak main-main kertas.

KENAPA MASUKAN OBJEK DALAM HIDUNG BAHAYA?

Tuan-tuan, puan-puan… boleh nak beri anak bermain. Namun ia perlukan pemerhatian. Malang itu tidak berbau, tapi kita boleh cuba elak. Kalau kita lihat anak kita suka buat perkara-perkara seperti ini, maka kita tegah awal-awal.

Objek seperti kertas, tisu, alat permainan dan apa-apa sahaja apabila masuk ke dalam hidung adalah amat berbahaya. Ia perlu dikeluarkan seberapa segera mungkin.

Jika tersedut, ia boleh masuk ke salur pernafasan dan peparu!

Jika dibiar lama, ia boleh menyebabkan jangkitan teruk pada hidung, sekitar mata, sinus dan ke tempat-tempat lain.

Ibu-ibu, kita perhati ya anak-anak. Ayah-ayah, kita pun perlu menjadi seorang yang memahami. Bantu isteri-isteri kita.

Hidung ini ada beberapa bahagian. Ada beberapa sambungan ke rongga-rongga lain. Ada ruang untuk ke rongga sinus. Terdapat juga ruang untuk ke bahagian belakang dan seterusnya ke salur makanan dan pernafasan. Bahkan ada laluan untuk jangkitan merebak ke mata dan bahagian otak! Oleh itu, hati-hati.

BACA>>> Kenal Pasti 10 Tanda Anak Sudah Tertelan Objek Asing

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda