TIDAK dinafikan 3 kesalahan ini masih yang ada dilakukan oleh ibu bapa, hingga ia menjadi satu tabiat atau kebiasaan. Tahukah mak ayah semua, 3 kesalahan yang dinyatakan di bawah ini boleh membahayakan nyawa anak anda?

Berikut adalah perkongsian Dr Rusyainie Ramli tentang keperluan anak kecil menggunakan kerusi keselamatan dalam kenderaan dan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa.


Hari ini adik saya Rusyaida Ramli berkongsi gambar anaknya Razi yang berusia hampir 5 bulan, duduk diam-diam dalam kerusi keselamatan bayi. Teringat saya zaman anak-anak saya sendiri masih kecil, yang terpaksa menangani segala karenah mereka yang ada masa berdegil tidak mahu diikat dalam kerusi.

Dari gambar itu, mulalah saya dan adik-adik berceloteh dalam WA itu, bagaimana rakyat negara ini mengambil mudah bab ini. Rusyaizila Ramli yang pernah menetap di UAE, berkata, di sana, kesemua 3 anaknya diletakkan dalam kerusi keselamatan, setiap seorang satu. Di sana, mak ayah boleh dikenakan saman sekiranya melanggar undang-undang tidak menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Saya pernah menulis tentang kerusi keselamatan dalam kereta untuk bayi dan kanak-kanak. Siap lengkap dengan TIPS BAGAIMANA NAK DISIPLINKAN ANAK untuk duduk dalam kerusinya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209298104400249&id=1551720152

NAK JADI MAK AYAH?
TETAPKAN MATLAMAT DI MINDA
KENTALKAN SEMANGAT
TIDAK MUDAH PUTUS ASA
TIDAK MENYERAH KALAH

Kita ini tuan, bukan anak itu tuan.

Tabiat merbahaya yang mak ayah benarkan ketika anak-anak di dalam kereta:

1. Memangku anak di kerusi sebelah pemandu

Baru-baru ini ada staf di tempat saya bekerja, anaknya yang masih bayi cedera di kepala selepas kereta mereka terbabas akibat hentakkan. Mujur tidak terpelanting keluar ikut tingkap.

2. Anak duduk di ribaan pemandu

Saya kalau berselisih dengan pemandu macam ini, geram sangat nak berhentikan kereta dan bagi teguran. Kalaulah yang memandu itu secara tiba-tiba menekan brek, tidak ke anak akan terhentak ke stereng. Mahu berkecai tulang rusuk dan terhimpit segala organ dada anak itu.

3. Bentangkan tilam nipis atau selimut untuk anak-anak baring macam kat rumah dalam kereta.

Saya sendiri pernah melihat seorang mak cik yang pecah kepalanya dan bersepai otaknya yang duduk di tempat duduk belakang kerana dia tercampak-campak dalam kereta semasa kemalangan. Meraung suaminya melihatkan keadaannya begitu.

Malang tidak akan memberi isyarat awal. Memang kalau sudah ditakdirkan begini pengakhirannya, apalah lagi daya kita sebagai manusia kan.

Tapi, ini risiko jelas yang kita mesti berusaha untuk mengurangkannya. Sebab itu kita diberikan akal. Ini kecuaian yang seharusnya tidak dipandang enteng. Analogi mudah, tanya pada diri sendiri, mahukah kita melintas jalan dengan menutup mata dan serahkan segalanya pada ketentuan Allah. Sedangkan mereka yang buta pun gunakan tongkat untuk membantu mereka.

AlFatihah buat Rayyan. Syurga menanti dirinya. Nilah kehilangan nyawa yang hanya menduka lara hujungnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156580638605600&id=214066990599

Semoga tragedi ini menjadi iktibar dan pengajaran berguna pada mak ayah yang masih tidak mahu melakukan benda yang betul demi keselamatan permata hati kurniaan Ilahi.

Prof Dato’ Nor Aziah Mohd Yatim, perkara ini pernah bani Mythbusters ungkitkan pada pertemuan kita dulu. Sudah sampai masanya Akta Kanak-kanak diimplementasi sepenuhnya. Sampai bila mereka harus diperlakukan seperti warganegara kelas kedua?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda