SEMUA ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sebab  itu, apabila ada sahaja yang menjadi trend terkini dan ikutan ramai, pasti dia tidak mahu ketinggalan!

Hati-hati, sikap ini sebenarnya tidak baik kepada perkembangan anak-anak. Terlalu terikut-ikut tanpa mengetahui keperluan dan kesesuaian pada anak memudaratkan mereka.

Berikut adalah perkongsian Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Universiti Sultan Azlan Shah, Hazhari Ismail tentang ibu bapa crowd-pleasers.

BACA>>> 3 Jenis Kepimpinan Ibu Bapa, dan Kesan Negatif Jika Terlalu Garang dengan Anak

CROWD-PLEASER PARENTING

Antara banyak-banyak jenis ibu bapa, saya paling risau ibu bapa yang jenis crowd-pleasers (populist). Ini bukan ibu bapa yang pendiam atau overprotective or biarkan whatever anak dia akan buat.

Tapi, ini jenis ibu bapa yang buat apa sahaja yang popular dan trending masa kini.

Contohnya:

Kalau tengah trending dengan flash card, semua benda dia ajar atau beli barang yang berasaskan flash card. Tidak kisahlah untuk umur anak berapa, kaedah yang digunakan macam mana. Betul ke atau salah ke? Asalkan bersama-sama memeriahkan industri flash card.

Kalau ibu bapa satu Malaysia tengah sibuk dengan ipad atau tab untuk kanak-kanak, ibu bapa ini pun tidak terkecuali. Beli satu. E-learning katanya. Tanpa menghiraukan masa penggunaan gajet si kecil, tiada interaksi. Asalkan boleh berbangga cerita pada member.

Anak I, nyorok lah Youtube di mana-mana, dia boleh cari and swipe dengan laju.

Rakyat Malaysia la ni tengah seronok dengan marathon or running. Ramai juga ibu bapa join sekali. Bawa anak naik stroller atau child carrier. Kan sihat tu? Tapi, tidak ramai ikut. Sebab benda sihat ini selalunya tidak ada masa.

Maka, nak follow itu tidak salah. Cuma, reflect dan tengok balik anak-anak. Kalau benda itu betul, teruskan. Kalau benda itu salah, stop atau jangan mula kan.

Jangan jadi ibu bapa yang ignorance, sudah tahu salah, tapi pejam mata. Asalkan tidak menyusahkan diri. Cuma mereka terlupa, anak itu sendiri telah disusahkan masa depan mereka.

Jadi, adakah anda ibu bapa yang crowd-pleasers?

BACA>>> ‘Ibu Bapa Helikopter’ Buat Anak Rasa Terkongkong, Tidak Reti Berdikari

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda