APENDIKS adalah satu keadaan radang pada usus yang terletak pada bahagian hujung usus besar. Masalah ini, bukan sahaja menyerang orang dewasa tetapi juga kanak-kanak dengan gejala awal bermula hanya sakit perut.

Adakah apendiks ini bahaya pada kanak-kanak? Iya bahaya kerana jika tidak dirawat dengan segera ia boleh menyebabkan organ kecil ini pecah dan menimbulkan jangkitan yang serius.

Oleh itu, sebelum ia terjadi, adalah penting ibu bapa mengetahui gejala awal apendiks ini pada anak anda.

BACA>>> 5 Cara Mudah Atasi Masalah Perut Bayi Kembung

APAKAH GEJALA YANG SERING MENYERANG KANAK-KANAK?

Masalah utama untuk mengenalpasti gejala adalah kerana kanak-kanak biasanya tidak tahu menceritakan kesakitan yang mereka rasakan termasuklah sakit pada apendiks, sebaliknya hanya berkata sakit perut.

Akibatnya, gejala awal terabai hingga menjadi serius dan tidak boleh dirawat lagi. Disinilah bahayanya! Maka, penting untuk ibu bapa mengenali gejala ini sekiranya berlaku pada anak agar dapat dirawat dengan segera.

Berdasarkan kepada laman Everyday Health, gejala apendiks di antara kanak-kanak dan orang dewasa adalah berbeza! Kanak-kanak akan merasa gejala apendiks seperti ngeri pada perut diikuti dengan demam.

Ngeri pada perut akan bertambah sakit sekiranya bahagian bawah kanan perut ditekan. Peningkatan jumlah sel darah putih juga kerap dialami anak-anak sebagai tanda adanya jangkitan.

Kemudian, gejala lain akan berlaku seperti:-

  • Mual
  • Muntah
  • Tidak selera makan
  • Susah kentut dan buang air besar (sembelit)
  • Cirit birit
  • Denyut jantung meningkat
  • Sering buang air kecil
  • Sakit saat buang air kecil

Rasa sakit atau nyeri pada perut biasanya akan semakin menjadi-jadi ketika anak bergerak, batuk, bersin, atau sekadar menyentuh perut.

BACA>>> Muntah: Mungkin Itu Petanda Anak Dapat Penyakit Serius!

BILAKAH MASA PERLU BERJUMPA DOKTOR?

Jika semua tanda yang dialami atau diceritakan oleh anak lebih merujuk kepada gejala apendiks, segeralah bawa anak berjumpa dengan doktor. Tindakan melewat-lewatkan rawatan akan membahayakan anak sekiranya organ kecil ini pecah sebelum sempat dirawat.

Bagaimanapun, jika ada ibu bapa yang masih ragu-ragu dengan gelaja yang disebutkan di atas, segera berjumpa dengan doktor sekiranya anak mengeluh sakit perut disertai dengan muntah, demam dan kurang selera makan.

Doktor akan mengenalpasti apendiks menerusi prosedur pemeriksaan ultrasonografi (USG) perut hingga kepada pemeriksaan darah untuk melihat jika berlakunya jangkitan.

SUMBER: Hellosehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda