RAMAI ibu bapa masih keliru tentang gangguan perilaku yang dikenali sebagai ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Ada yang salah faham hingga menyamakan ADHD dengan autisme.

ADHD kerap menimpa kira-kira 10 peratus anak di sekolah dan sebenarnya kedua-dua gangguan perilaku itu, antara ADHD dan autisme adalah berbeza sama sekali.

APA ITU ADHD?

ADHD ialah gangguan perilaku yang bermula sejak kanak-kanak dan boleh terjadi hingga remaja dan dewasa. Berdasarkan takrifan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan (NIMH) Amerika Syarikat, ADHD ialah gangguan ke atas otak disebabkan kekurangan perhatian dan hiperaktif serta impulsif yang mengganggu fungsi dan perkembangan otak kanak-kanak.

Anak ADHD sukar memberikan tumpuan dan tidak boleh duduk diam serta belajar dalam tempoh lama.

Anak ADHD akan jadi hiperaktif. Mereka suka sentiasa bergerak hingga mengganggu rakan berhampiran. Mereka juga suka bertindak impulsif iaitu suka melakukan tindakan mengejut tanpa berfikir terlebih dahulu.

APAKAH BEZA ADHD DAN AUTISME?

Anak ADHD dan autisme kmemiliki masalah dengan perhatian. Perilaku mereka berubah tiba-tiba (impulsif) dan juga sukar berkomunikasi. Mereka mempunyai masalah dalam berhubungan dengan orang lain.

Disebabkan perilaku kedua-dua gangguan itu nampak sama, ramai mengganggap kedua-dua anak ADHD dan autisme memiliki karakter sama. Sebenarnya, ADHD lebih memengaruhi bagaimana cara otak berkembang, manakala autisme ialah rangkaian gangguan perkembangan yang mempengaruhi kemampuan bahasa, perilaku, interaksi sosial dan kemampuan belajar.

Berikut perbezaan ketara antara ADHD dan Autisme:

1. PERHATIAN

Anak ADHD tidak suka perkara yang memerlukan mereka memberikan fokus tinggi seperti membaca buku.

Anak autisme lebih cenderung berusaha untuk fokus pada perkara yang mereka minat atau suka. Mereka boleh mempelajari perkara yang mereka sukai dengan baik .

2. INTERAKSI DAN KOMUNIKASI

Anak ADHD lebih cenderung bercakap tanpa henti. Mereka boleh mengganggu  orang sedang bercakap dan suka jika dia jadi perhatian.

Anak autisme selalu mengalami kesukaran memasukkan kata-kata dalam fikiran dan perasaan hingga mereka lebih sukar memberikan pendapat atau bercakap. Mereka juga tidak suka berpandangan mata.

3. RUTIN

Anak ADHD tidak suka melakukan rutin harian sama setiap hari atau pada waktu sama.

Anak autisme suka dengan perkara yang sudah jadi kebiasaan. Mereka suka dengan kehidupan tertib dan tidak suka jika rutin mereka tiba-tiba berubah.

SUMBER: HelloSehat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda