PERNAH atau tidak kita mengalami situasi tegang yang membuatkan kita hilang pertimbangan hingga bertindak di luar kawalan? Dari segi istilah, situasi tersebut dikenali sebagai ‘Mummy Meltdown’.

Mummy Meltdown ialah keadaan apabila seseorang wanita, juga isteri dan ibu, terpaksa menanggung tekanan emosi dan fizikal sama ada beban kerja atau rumah tangga yang melebihi tahap kesabaran dan kemampuan diri.

Situasi ini sebenarnya normal yang pasti dirasai setiap ibu. Namun, kita perlu tahu mengawal dan mengatasi masalah tersebut. Agaknya, apakah punca dan tanda kita sedang di ambang ‘Mummy Meltdown’.

KENAPA MUMMY MELTDOWN BERLAKU?

1. KERJA TANPA CUTI

Wanita tiada waktu rehat atau masa privasi walaupun sebentar. Tanggungjawab kerja dan rumah tangga memang meletihkan.

2. KURANG TIDUR

Mummy Meltdown boleh berlaku jika tidak cukup tidur. Situasinya sama saja seperti anak yang tidak cukup tidur, pasti dia meragam!

3. ANAK TANTRUM

Melayan ragam anak tantrum sudah pasti memenatkan. Apatah lagi apabila dia tidak berhenti menangis walaupun dipujuk. Jika tidak tahu mengatasi masalah itu, kita juga boleh ‘Mummy Meltdown’ pada masa sama.

4. ANAK TIDAK DENGAR KATA

Apabila mengarahkan anak melakukan sesuatu, tetapi anak tidak mahu ikut, walaupun sudah banyak kali diminta.

5. SUAMI TIDAK MEMBANTU

Tanggungjawab rumah tangga sepatutnya dilakukan bersama. Apabila kita balik kerja dan kepenatan, kesibukan mengurus anak dan hal rumah tangga tanpa bantuan suami memang boleh membebankan kita.

6. ANAK SERING BERGADUH

Sudah nama adik-beradik, bergaduh memang perkara normal. Tetapi sekiranya sering berlaku, tambahan pula ketika itu kita sedang letih atau tidak sihat, apa yang berlakukan akan berikan lebih tekanan terhadap kita.

7. RUMAH SENTIASA BERSEPAH

Rumah kerap bersepah walaupun baru saja dikemas atau dibersihkan juga boleh mengundang ‘mummy meltdown’.

8. BF BUKAN MUDAH

Menyusukan anak bukanlah mudah kerana ia memang memenatkan badan. Keadaan ini sering berlaku kepada ibu beranak sulung dan apabila jumlah susu semakin berkurangan. Jangan salahkan diri sendiri, jika susu kurang, tambahkan saja susu formula.


TANDA-TANDA MUMMY MELTDOWN

1. JAUHKAN DIRI DENGAN PASANGAN

Kita mula menjauhkan diri dengan suami. Mungkin tindakan itu dilakukan kerana takut kita akan bertindak di luar kawasan seperti mengeluarkan kata-kata kesat atau menunjukkan kemarahan kita pada suami dan anak-anak.

CARA TANGANI: Daripada bertindak menjauhkan diri, apa kata beritahu masalah kita pada suami. Mereka juga mungkin akan berasa takut mendekati kita.

2. MALAS BERTENGKAR DENGAN ANAK

Kita mula tidak mahu berlaku pertengkaran dengan anak sekiranya tindakan anak tidak betul atau meminta sesuatu. Kita bertindak begitu kerana kita sudah kehilangan tenaga untuk bertengkar dan tidak mahu memenatkan diri lagi.

CARA TANGANI: Jangan sewenang-wenangnya katanya ‘iya’ bagi setiap permintaan anak kita, sebaliknya katanya pada mereka yang kita akan bincang nanti.

3. TIDAK PEDULI DIRI SENDIRI

Kesibukan menggalas tanggungjawab isteri dan ibu sering membuatkan kita sibuk dan terlupa menjaga diri. Ada yang melayan suami dan anak dengan baik, tetapi terlupa tentang diri sendiri.

CARA TANGANI: Luangkan masa sekejap ke salun atau spa dengan merehatkan diri selama 1-2 jam. Tinggalkan anak untuk dijaga suami.

4. BERGELUT PERUBAHAN KERJA DAN RUMAH

Beban kerja dan rumah tangga mula terasa hingga menyebabkan badan rasa penat dan stres. Lagi-lagi apabila tidak dibantu (anak atau suami) untuk melakukan kerja rumah tangga.

CARA TANGGANI: Jangan bebankan diri, minta anak kecil yang boleh buat kerja untuk bantu kita atau mungkin minta pengasuh supaya menjaga anak lebih masa ketika kita sedang menyelesaikan hal rumah.

5. TERLALU EMOSI 

Kita mudah emosi tentang hal-hal kecil yang sebelum ini tidak pernah merungsingkan. Kadangkala kita rasa seperti mahu menangis, menggeletar dan mengigil tanpa sebab.

CARA TANGANI: Kenal pasti punca emosi itu dan cari sesiapa yang boleh membantu kita mengatasi emosi tersebut. Jika kerap berlaku, kita disarankan berjumpa pakar.

SUMBER: TheAsianParent.Com | BabyGaga.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda