MEMILIH produk pam susu badan bukan sekadar memandang jenama sahaja. Ada beberapa kriteria yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan produk yang dibeli betul-betul memenuhi keperluan diri, termasuk bajet. Mahal tidak semestinya terbaik untuk kita.

Selain tidak menyakitkan badan, produk pam susu yang bagus sepatutnya mampu memberikan hasil seperti diharapkan, sekali gus memudahkan proses penyusuan.


JENIS PAM YANG PATUT DIBELI?

Bagi ibu bekerja, pam susu sudah jadi alat wajib ada. Ada 2 jenis pam susu di pasaran iaitu ‘single’ dan ‘double’.

PAM DOUBLE

Pam double biasanya menggunakan kuasa elektrik, bateri boleh cas semula dan pengecas mudah alih atau powerbank. Jika keperluan mengepam dalam kategori kerap atau heavy duty, pam elektrik ialah pilihan terbaik kerana menjimatkan masa, terutama ibu yang memiliki bayi kembar.

PAM SINGLE

Pam single boleh dipilih sama ada manual, bateri cas semula atau elektrik. Proses mengepam susu hanya dapat dilakukan pada sebelah payudara pada satu-satu masa. Masa lama diperlukan untuk selesai mengepam kedua-dua belah payudara.


KRITERIA PILIH PAM

1. KETAHANAN

Jika ibu ada anak kembar, pam susu jenis heavy duty lebih sesuai. Pastikan memilih pam jenis double yang boleh digunakan untuk dua payudara serentak. Pastikan selesa ketika mengepam.

2. KUASA ELEKTRIK/BATERI CAS SEMULA/POWERBANK

Bagi memudahkan ibu mengepam susu pada bila-bila masa dan di mana sahaja, pilihlah produk berkuasa elektrik, bateri cas semula dan boleh disambung ke powerbank atau komputer riba.

3. SAIZ DAN BUNYI

Kepada ibu bekerja, pam bersaiz kompak dengan bunyi lembut mesti jadi pilihan utama. Produk ini senang dibawa ke mana-mana dan bunyinya senyap. Ini memudahkan kerja mengepam di tempat kerja kerana tidak perlu risau mengganggu ketenteraman awam.

4. SELESA

Pam yang selesa ada corong pam yang boleh dilekapkan pada payudara, termasuk alas getah lembut. Beli pam susu yang ada pelindung silikon (silicon breast shield). Pastikan pam tidak bising, dan ada tahap getaran dan sedutan yang dapat dilaraskan.

5. MUDAH ALIH 

Cari pam susu mudah alih, kompak, dan ringan. Ini sangat penting kerana memudahkan ia disimpan dalam beg dan dibawa ke mana sahaja. Ibu digalakkan memilih pam jenis double. Boleh cuba kit pam bebas tangan – Autumnz Trulee Hands Free Milk Collection Kit.

6. DAYA SEDUTAN

Pilih pam dengan fungsi pelbagai tahap kuasa sedutan supaya proses perahan lebih berkesan. Ini dapat merangsang pengeluaran susu ibu dengan lancar dan banyak. Pastikan kuasa sedutan pam menyerupai kitaran hisapan bayi supaya ibu selesa dan tidak menyakitkan.

SUMBER: Patlc BabyGearLab

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda