PERMAINAN ialah antara barang anak paling kerap dibeli ibu bapa. Pantang ada yang menarik di mata, terus saja dibeli. Apatah lagi banyak sangat barang permainan yang dijual di pasaran hingga penuh satu bilik sampaikan ada yang langsung tidak disentuh.

Sebenarnya, beli barang permainan ini bukan ikut apa yang kita suka, tetapi mengikut usia si anak. Mari tengok apakah permainan yang boleh dibeli sepanjang usia anak daripada 0 hingga 5 tahun.

0 – 24 BULAN

Anak baru lahir boleh didedahkan dengan permainan yang bersesuaian dengan usianya. Pada awal usia 8 bulan pertama, kita boleh belikan mainan boleh pegang, atau mainan bermuzik, boleh gantung, ada cermin, buku kain dan sarung kaki berbunyi.

Kita juga boleh belikan anak tikar mainan atau play gym, anak patung atau mainan lembut, dan mainan getah berbunyi. Apabila usia meningkat, kita belikan pula buku dan gelang warna untuk digigit.

Dalam usia ini, anak kita akan mula tumbuh gigi, jadi dia cenderung memasukkan mainan dalam mulut dan menggigit kerana gusi gatal.


2 – 3 TAHUN

Kebolehan dan minat kanak-kanak dalam lingkungan umur ini pula berbeza. Ada anak yang sudah boleh melayan mainan puzzle. Ada pula suka menyusun mengikut warna. Jadi ketika ini kita bolehlah membeli mainan mengikut kebolehan anak kita.

Antara mainan yang sesuai ialah puzzle, menyusun warna atau ABC, blok dan binaan, basikal, alat muzik, kereta mainan, anak patung dan mainan berbentuk praktikal seperti  alatan kebun, memasak, mewarna dan melukis.


4 – 5 TAHUN

Pada usia ini, ada kalangan anak yang sudah memasuki alam pra-sekolah. Anak mungkin sudah ada minat dalam permainan tertentu. Belilah mengikut minat mereka.

Lebih baik jika kita belikan mainan yang mampu menambah baik perkembangan pendidikan berbentuk kreativiti dan pembinaan, kemahiran berfikir dan permainan lain seperti:

  1. Peta interaktif
  2. Peta dinding
  3. Mengenal bentuk huruf
  4. Magnet huruf
  5. Mengkaji badan manusia
  6. Permainan mengingat
  7. Mengenal binatang

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda