ORANG Melayu biasanya akan berpantang selama 44 hari dan 100 hari. Lain pula masyarakat Cina dan India yang mengamalkan pantang selama 30 hari. Sepanjang tempoh berpantang ini,kaum ibu akan menjalani proses pemulihan badan dari segi luaran dan dalaman.

Masa pemulihan ini sangat penting. Kalau tidak dijaga betul, dikhuatiri mendatang masalah ke atas kesihatan ibu. Jangan terkejut kalau ada ibu boleh terkena penyakit meroyan selepas bersalin, dan salah satu punca ialah tidak menjaga pemakanan.

APAKAH PANTANG 44 HARI?

Pantang 44 hari ada kaitan dengan makanan dan sepanjang tempoh itu, ibu mesti mengelak mengambil makanan berbisa dan berangin supaya dapat menjaga kesihatan diri dan bayi. Selain makanan, penjagaan seperti bertungku, mengurut, tangas dan bengkung tururt diamalakan.

Lain pula tempoh berpantang kepada ibu bersalin secara pembedahan atau caesarean. Anda disarankan berpantang makanan berbisa dan berangin lebih lama untuk pastikan luka pembedahan cepat sembuh dan tidak bernanah.

APAKAH PATUT SAYA BUAT DALAM TEMPOH BERPANTANG 44 HARI?

  • Elakkan aktiviti memerlukan penelitian (menjahit, menonton televisyen  atau mengadap telefon terlalu lama). Ini menyebabkan tekanan ke atas mata dan boleh membuatkan migrain. Tenaga sepatutnya digunakan untuk penyembuhan luka bersalin.
  • Dapatkan maklumat cara merawat luka bersalin supaya cepat baik di pautan: Amalkan 7 Petua Ini Supaya Luka Bersalin Cepat OK!
  • Pastikan dapat tidur cukup.
  • Lebihkan masa untuk berehat.
  • Makan makanan seimbang mengikut cara berpantang tradisional.
  • Elak Ambil 7 Makanan Ini Seoanjang Berpantang.
  • Jangan lupa pakai stoking dan baju lengan panjang untuk melegakan angin.
  • Mandi air rebusan daun untuk mengurangkan stres, cuba elak bau badan dan menyegarkan diri.

APAKAH BERPANTANG 100 HARI?

Pantang 100 hari lebih kepada pemulihan dalaman ibu, terutama sekali bahagian peranakan dan fizikal. Perubahan fizikal dan dalaman kesan daripada hamil selama 9 bulan dan kemudian bersalin sudah tentu mengambil masa lama.

APAKAH PATUT SAYA BUAT DALAM TEMPOH BERPANTANG 100 HARI?

  • Elakkan hubungan intim dengan suami walaupun nifas sudah kering.
  • Jangan lakukan pergerakkan lasak seperti angkat benda berat dan senaman berat.
  • Jangan makan makanan tajam seperti nanas, rebung, air kelapa dan tebu sehingga tempoh 6 bulan selepas bersalin. Makanan tajam boleh menyebabkan usus luka dan bahagian peranakan lemah.
  • Ketahui apa makanan yang baik sepanjang tempoh berpantang untuk maksimumkan proses pemulihan. 7 Makanan Ibu Berpantang Patut Ambil.
  • Jaga kesihatan dan kecantikkan dengan 10 Rahsia Wajah Berseri Walaupun Berpantang.

Semoga bermanfaat buat semua!

SUMBER: PA&MA

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda