BAGI wanita muslim hamil, selain menunaikan perkara fardu, kita juga digalakkan melakukan amalan sunat lain, termasuk mengelak berbuat perbuatan dosa. Menurut Islam, pendidikan anak terdiri daripada 3 peringkat, iaitu sebelum hamil, ketika hamil dan selepas bersalin.

Ketika hamil, ibu disarankan berdoa supaya dikurniakan zuriat baik dan sihat serta dijauhkan godaan syaitan. Ada beberapa perkara lain lagi yang ibu muslim digalakkan buat, dan juga perlu dielakkan. Misalnya:

AMALAN KETIKA HAMIL

  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah.
  2. Banyak berdoa kepada Allah.
  3. Rajin puasa sunat dengan suami pada Isnin dan Khamis.
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat.
  5. Banyak berzikir.
  6. Rajin membaca al-Quran.
  7. Banyak baca buku sirah nabi, seperti kisah nabi dan rasul, cerita sahabat dan orang mukmin dan lain-lain.
  8. Berbual-bual dengan anak yang ada dalan kandungan.
  9. Lakukan kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses bersalin.
  10. Jangan terlalu stres dan tertekan dengan masalah.
  11. Menjaga emosi dan adab bersama suami, ibu bapa dan rakan.
  12. Makan makanan baik dan pastikan makanan daripada sumber dan pendapatan halal.
  13. Jauhi sifat dengki dan dendam.
  14. Rajin beri senyuman.
  15. Rajin hadir majlis ilmu.
  16. Jaga aurat.
  17. Sentiasa jaga penampilan untuk suami.
  18. Berprasangka baik terhadap semua dan elakkan fikiran negatif.

PERKARA PERLU ELAK KETIKA HAMIL

  1. Elak makan atau minum makanan tidak baik.
  2. Elak makan atau minum daripada sumber haram.
  3. Elak makan makanan berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain.
  4. Suami harus elak melakukan perkara yang boleh membuatkan isteri sedih dan rungsing.
  5. Elak maksiat dan kemungkaran terhadap Allah.
  6. Jauhi amalan khurafat.

BACA SURAH

  1. Baca surah al-Fatihah (supaya terang hati dan kuat ingatan).
  2. Maryam (supaya mudah ibu bersalin, anak taat dan sabar).
  3. Luqman (supaya anak cerdik akal dan cerdik jiwa).
  4. Yusuf (supaya anak cantik rupa dan akhlak).
  5. Hujarat (supaya susu banyak, dan anak bersifat berhati-hati).
  6. Surah Yaasin (supaya hati tenang dan anak tidak terpengaruh godaan syaitan).
  7. Al-Taubah (membersihkan jiwa dan tidak terlibat maksiat).
  8. Al-Nahi (supaya anak berdisiplin).

Jom kita amalkan perkara baik di atas sepanjang menempuh fasa kehamilan, malah diteruskan juga selepas bersalin supaya mendapat anak soleh dan solehah. Semoga bermanfaat buat ibu semua.

SUMBER: CariPetua

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda