KANAK-kanak yang aktif sering jatuh ketika bermain, benjol dan bengkak pada kawasan kecederaan itu perlu dirawat dengan segera sebelum dibawah berjumpa dengan doktor.

Sekiranya anak jatuh dan mengalami kecederaan, kita sering panik dan tidak tahu tentang perkara penting yang perlu dilakukan kerana terlalu khuatir terhadap kecederaan yang dialami.

Belajar rawatan segera ini untuk membantu anak mendapat kecederaan lebih kronik. Bagaimanapun, jika bengkak atau benjol tidak turun ibu bapa disaran bawa anak berjumpa dengan doktor.

Fisioterapis Az Hani berkata teknik rawatan ais ini boleh dilakukan ketika berhadapan dengan benjol atau bengkak akibat terjatuh.

BACA>>> Anak Kerap Terhantuk, Bahaya atau Tidak?

Berikut adalah perkongsiannya:-

Pemilihan teknik yang betul untuk hadapi anak benjol atau bengkak terjatuh.

MANA SATU TUAM AIS KE TUAM HABA UNTUK BENGKAK URAT, LEBAM, ANAK BENJOL ,TERSELIUH?

Entri ini berkisarkan mengenai rawatan yang berkesan kepada situasi yang berlaku secara akut (acute) ataupun tempoh selepas 48 jam dan kronik.

Rawatan menuam sama ada menggunakan ais (cryotheraphy) atau haba (thermotheraphy). Tidak dinafikan kedua teknik ini mempunyai peranan terhadap pemulihan kecederaan kepada situasi yang sesuai.

TEKNIK PENGGUNAAN AIS

Penggunaan ais adalah sesuai untuk kecederaan segera (akut) dalam tempoh 48 jam seperti benjol terkena objek tumpul, terseliuh, bengkak kaki, terkehel atau terseliuh dan sebagainya.

MENGAPA AIS?

Pertama sifat tindak balas ais terhadap kecederaan tersebut dapat mengurangkan keradangan dan pengurangan bekalan darah yang menjadi (mengecil) constricted.

Secara tidak langsung inflammation response (keradangan) juga akan subside, proses pembengkakan dapat dikurangkan serta memberi kesan kebas bagi membantu mengurangkan kesakitan.

BILA PERLU TUAM AIS?

Ais compression sesuai dilakukan dalam tempoh 48 jam.

CARA-CARA 

  • Letakkan ketulan ais di balutan tuala kecil.
  • Tuam ais dikawasan cedera selama 10 minit dan alihkan selama 5 minit.
  • Ulang teknik ini dalam 2 atau 3 kali

Pastikan anda tidak meletakkan ais secara langsung di kawasan kulit dan tidak tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kerosakan saraf, tisu dan kulit.

BACA>>> Goncang Bayi Supaya Berhenti Menangis Boleh Bawa Maut? Apakah SBS?

BILA TUAM HABA PERLU DILAKUKAN?

Tuam haba dilakukan adalah selepas tempoh 48 jam kecederaan.

MENGAPA HABA?

Sifat haba (thermotherapy) dapat mengembangkan saluran darah (blood dilation) secara tidak langsung membantu pengaliran darah yang berkesan.

Otot menjadi lebih relaks dan mengurangkan regangan otot.

CARA-CARA:

  • Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.
  • Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit, dan berhenti seketika.
  • Ulang langkah beberapa kali sehingga kesakitan lega.

Elakkan daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit.

Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Jika ada luka, elakkan lakukan mana-mana tuaman. Berjumpalah dengan doktor jika ada kesangsian berkenaan pilihan tuaman.

Review :
Artikel ini di pelajari dari Poster Presentation Role of Physiotherapy in 2011-1st Regional Health Sciences & Nursing Conference 2011 @ Shah Alam Convention Centre,Selangor Malaysia serta info penambahbaikan dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda