WALAUPUN teknik ejakulasi luar faraj atau ‘pancut luar’ bukan kaedah 100 peratus mampu mencegah kehamilan kepada pasangan suami isteri dalam usaha merancang keluarga, tetapi masih juga boleh dijadikan alternatif.

Boleh baca artikel sebelum ini tentang Ejakulasi Luar Cara Terbaik Cegah Kehamilan Untuk Rancang Keluarga?

Dengan mengamalkan cara dan teknik yang betul, anda mampu mencegah kehamilan. Menurut Webmd pasangan yang mengamalkan kaedah ejakulasi dengan cara betul masih berpotensi hamil, cuma jumlahnya lebih rendah.

Berdasarkan kajian, hanya 4 peratus wanita hamil apabila mempraktikkan teknik yang betul itu berbanding kaedah pencegahan kehamilan lain. Berikut caranya:

CARA BETUL EJAKULASI LUAR

Lelaki perlu mengeluarkan alat kelamin (penis) daripada kemaluan wanita sebelum ejakulasi bagi mengelakkan sperma masuk ke dalam vagina. Walaupun kedengaran mudah, tetapi memerlukan daya kawalan kuat daripada lelaki.

Kegagalan mengeluarkan alat kelamin pada masa tepat, iaitu sebelum orgasme boleh menyebabkan sperma memasuki vagina, sekali gus menyebabkan kehamilan. Supaya lebih berkesan, kaedah ini memerlukan kepercayaan kedua-dua pasangan.

TIP LAIN BOLEH PRAKTIK KETIKA EJAKULASI LUAR

1. GUNA SPERMICIDE 

Spermicide adalah ubat yang digunakan untuk membunuh sperma.

2. JANGAN LAKUKAN KETIKA OVULASI

Jangan lakukan ejakulasi luar ketika melakukan hubungan kelamin jika isteri dalam waktu subur. Kira kitaran haid dan waktu subur sendiri atau menggunakan aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menerusi telefon pintar.

3. KENCING SEBELUM HUBUNGAN INTIM

Pastikan suami kencing terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim bagi mengeluarkan sperma yang mungkin ada.

4. SPERMA TIADA DI KAWASAN VAGINA

Selepas ejakulasi luar, pastikan air mani tidak berada di kawasan berhampiran vagina atau sekitar paha bagi mengelakkan kemasukan sperma ke vagina.

Jika kaedah ini gagal, kita masih boleh menggunakan alternatif mencegah kehamilan menerusi artikel ini: Tidak Sedia Hamil Tetapi Ter… Tip Cegah Hamil Kecemasan Ini Mungkin Membantu.

SUMBER: Webmd.Com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda