SAWAN demam atau febrile seizure yang berlaku ke atas anak kecil sentiasa jadi ketakutan kepada ibu bapa. Apapun nasihat awal, kalau terjadi, pastikan jangan terlalu panik!

Memang berderau jantung melihat anak terbaring dan tidak sedarkan diri, badan dan kaki jadi kejang, mata hitam memandang ke atas, air liur meleleh, atau perubahan warna kulit dan bibir yang kebiruan. Dalam beberapa kes, anak boleh terkencing atau terbuang air besar.

Bersediakah kita berdepan situasi ini? Jika terjadi, pastikan jangan terlalu panik! Ikuti tip dan panduan berikut:


TANDA DEMAM PANAS

  1. Suhu badan 37ºC dan ke atas.
  2. Badan dan kepala panas, tetapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiruan.
  3. Badan tidak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk, badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki sudah biru tu, segera bawa ke  klinik atau hospital).
  4. Kalau anak kecil, akan asyik merengek sepanjang masa, sebab badan rasa tidak selesa.

APA PERLU BUAT JIKA ANAK DEMAM PANAS?

  • Periksa suhu badannya (kerap kali periksa, terutama sebelah malam kerana waktu ini suhu boleh meningkat cepat).
  • Suhu normal adalah 36°C. Tetapi kalau kita dapati suhu anak sudah mencecah 37°C, segera balut anak dengan kain basah.
  • Jika anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan  dengan air sejuk. Mulakan siram kaki dahulu sebelum badan dan diikuti kepala.
  • Jika suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik.
  • Kalau ada simpan ubat masuk punggung, masukkan sendiri untuk anak. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, supaya doktor boleh buat.
  • Sekiranya anak demam panas, sentiasa awasi suhu badan. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk punggung di rumah.

APA PERLU BUAT JIKA ANAK SAWAN DI RUMAH?

1. Baringkan anak mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut anak. Kalau mulut berbuih, korek mulut anak keluarkan air liur dan buih    terlebih dahulu. Jangan biar dia tertelan air liur sendiri sebab boleh menyebabkan dia lemas atau tercekik.

3 Jangan biar anak mengetap gigi kerana bimbang dia tergigit lidah sendiri.

4. Jangan masukkan ubat punggung ketika anak sedang kejang. Biarkan anak sedar dahulu sebelu basahkan kaki anak dengan air sejuk. Apabila sudah sedar atau menangis,  masukkan ubat punggung.

5. Kalau tiada ubat punggung di rumah, jika anak sudah sedar, segera bawa dia ke klinik.


INFO TAMBAHAN

AWAS, ketika anak kejang, seluruh badannya akan kejang, JANGAN goncangkan badan. Terus baringkan anak ke posisi mengiring. Kemudian, segera sedarkan anak dengan cara mandikan dengan air sejuk.

Alirkan air dari kaki dahulu kemudian ke atas. Selepas sedar, bawa ke klinik atau hospital berhampiran. Ketika kejang, otak anak akan berhenti dari menerima oksigen. Jadi, walaupun kita sudah beri rawatan di rumah, masih tetap perlu bawa berjump doktor untuk dapatkan bantuan oksigen.

Ingat, jika otak tidak menerima oksigen mencukupi walaupun dalam masa singkat, situasi itu boleh menyebabkan anak cacat atau terencat. Sawan mungkin boleh datang semula. Jadi, setiap kali anak demam, sentiasa perhatikan suhu.

KREDIT: Siti Aminah Amil

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda