JIKA mahu memulakan pemakanan buat bayi yang berusia 6 bulan, kita mesti menyediakannya dengan teliti. Bayangkan kalau kita tersalah beri makanan pada bayi, ia boleh menyebabkan sembelit dan alahan.

Makanan pelengkap ini perlu sesuai dan seiring dengan perkembangan bayi. Ia perlu mengandungi campuran makanan yang membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk tumbesaran yang sihat.

MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL BUAT BAYI 6 HINGGA 12 BULAN

Ibu boleh memperkenalkan makanan yang dicadangkan di bawah mengikut peringkat usia bayi. Paling penting, mulakan dengan makanan berasaskan bijirin seperti;

  • Bubur nasi selama beberapa minggu.
  • Diikuti dengan bijirin lain disusuli buah-buahan.
  • Kemudian sayur-sayuran.
  • Serta akhir sekali daging.

Bagaimanapun, ibu jangan pula hentikan penyusuan susu badan ok. Teruskan memberi susu ibu sekerap yang perlu, kerana susu ibu tetap menjadi makanan paling penting untuk si manja.

MAKANAN YANG DILARANG UNTUK BAYI USIA 12 BULAN DAN KE BAWAH

Makanan tertentu boleh meningkatkan risiko mendapat alahan jika diperkenalkan terlalu awal.

Elakkan pemberian makanan tersebut sebelum bayi mencapai usia 12 bulan:

  • Putih telur
  • Mentega kacang dan produk kacang yang lain
  • Makanan bercengkerang dan beberapa jenis ikan tertentu, seperti ikan kembung, pari dan keli.

MENU MAKANAN PEJAL BAYI 8 HINGGA 10 BULAN

1. BAYI 6 HINGGA 8 BULAN

  • Bijiran: beras, barli dan oat.
  • Buah-buahan: epal, pear, pisang dan prun.
  • Sayur-sayuran: kacang hijau, labu, keledek, lobak merah dan kacang pis.
  • Daging: ayam, tauhu dan ikan.
  • Tekstur makanan: cair, puri, kisar atau lenyek.

2. BAYI 8 HINGGA 10 BULAN

  • Bijiran: Beras, barli, oat, biskut  dan pelbagai bijiran.
  • Buah-buahan: Epal, pisang, pear, prun, betik dan anggur.
  • Sayur-sayuran: Kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis, kubis bunga, brokoli, asparagus, kacang buncis dan kacang panjang.
  • Daging: Ayam, tauhu, kuning telur, kekacang, daging lembu dan ikan (seperti tenggiri, kurau).
  • Tekstur makanan: Cincang, dadu, cincang halus dan makanan lembut.

3. BAYI 10 HINGGA 12 BULAN

  • Bijiran: Beras, barli, oat, biskut tawar pelbagai bijian dan bijirin gandum.
  • Buah-buahan: Epal, pisang, pear, prun, betik, anggur, buah-buahan sitrus dan beri.
  • Sayur-sayuran: Kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis, kubis bunga, brokoli, asparagus, kacang buncis dan kacang panjang.
  • Daging: Ayam, tauhu, seluruh telur (12 bulan), kekacang, daging lembu dan ikan (seperti salmon, ikan merah).
  • Tekstur makanan: Potongan kecil, kiub kecil atau ketulan makanan lembut.

TIP PENTING:

Ibu boleh menentukan jenis tekstur makanan yang boleh diberi pada si manja bergantung pada pertumbuhan giginya. Sebagai contoh, apabila gigi si manja mula tumbuh, ibu boleh memperkenalkan makanan cincang yang boleh dikunyah.

Apabila lebih banyak gigi tumbuh, tambahkan makanan potongan dadu dan cebisan kecil ke dalam makanannya.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda