SINDROM Steven Johnson (SJS) adalah penyakit yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi serius hingga menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

Pesakit boleh menderita gatal-gatal dan kulit mengelupas disebabkan oleh tindak balas berlebihan terhadap ubat dan infeksi tertentu. Tempoh pemulihan mengambil masa yang lama sehingga berminggu-minggu.

Berikut adalah penjelasan lanjut tentang Sindrom Steven Johnson, penyebab, komplikasi, tanda-tanda dan pencegahannya.

APA ITU STEVEN JOHNSON?

Sindrom Stevens Johnson adalah satu sindrom (kumpulan gejala) yang terjadi kerana kulit dan membran mukosa menimbulkan tindak balas berlebihan terhadap suatu ubat atau jangkitan.

Membran mukosa adalah lapisan kulit dalam yang melapisi berbagai rongga tubuh yang mempunyai hubungan dengan luar kulit dan organ dalaman tubuh. Di beberapa bahagian tubuh, membran mukosa bercantum dengan kulit, misalnya pada lubang hidung, bibir, pipi dalam, telinga, kemaluan dan anus.

TANDA-TANDA SINDROM STEVEN JOHNSON?

Pesakit yang mengalami sindrom ini akan mendapat gejala seperti demam, batuk dan mata terasa panas. Selepas beberapa hari akan diikuti ruam merah atau keunguan di kulit yang terasa sakit dan mengelupas hingga menyebabkan muka menjadi bengkak. Ada sesetengah kes, sel-sel pada lapisan kulit luar akan mati sehingga kulitnya mulai mengelupas.

APAKAH PENYEBAB SINDROM INI?

Sindrom ini boleh berlaku disebabkan oleh pengambilan ubat yang berlebihan. Berikut adalah beberapa ubat yang menyebabkan Sindrom Steven Johnson:-

  • Ubat-ubatan anti asam urat seperti Allopurinol
  • Ubat Anti Inflamasi Non-Steroid (AINS) yang banyak dipakai untuk meredakan rasa sakit seperti ibuprofen dan piroxicam.
  • Ubat antibiotik khususnya penicilin.
  • Ubat kejang yang biasanya dipakai oleh pengidap epilapsi.

Selain pengambilan ubat, gejala Steven Johnson boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau kuman tertentu seperti:-

  • Influenza
  • HIV
  • Diphtheria
  • Typhoid
  • Hepatitis A
  • Pneumonia

Untuk kes tertentu, pesakit yang menjalani rawatan radioterapi dan sinar ultraviolet juga berpotensi mengalami Sindrom Steven Johnson.

KOMPLIKASI SINDROM STEVEN JOHNSON

1.  JANGKITAN KULIT SEKUNDER

Selulitis boleh menyebabkan komplikasi yang berbahaya kepada pesakit sindrom Steven Johnson termasuk Sepsis (jangkitan darah).

2. JANGKITAN DARAH

Sepsis boleh terjadi disebabkan oleh bakteria daripada jangkitan termasuk aliran darah dan menyebarkan ke seluruh tubuh. Sepsis adalah keadaan yang cepat berkembang dan mengancam nyawa berikutan kegagalan organ.

3. MASALAH MATA

Ruam yang disebabkan oleh sindrom Stevens Johnson boleh menyebabkan keradangan di mata. Dalam kes ringan, sindrom ini boleh menyebabkan kegatalan pada mata dan kering. Manakala, bagi kes teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan yang menyebabkan gangguan penglihatan dan kemungkinan menjadi buta.

4. MASALAH PARU-PARU

Keadaan ini dapat menyebabkan gagal nafas akut.

5. KEROSAKAN KULIT KEKAL

Ketika kulit tumbuh kembali, mungkin ada kulit tidak akan boleh kembali seperti dulu. Mungkin kulit pesakitt akan mempunyai benjolan, kelainan warna dan meninggalkan parut. Selain masalah kulit, sindrom ini juga akan menyebabkan rambut rosak dan kuku jari tangan serta kaki tidak tumbuh normal.

CARA RAWATAN

Pertolongan pertama untuk mengatasi alergi ubat pada sindrom Stevens Johnson adalah menghentikan pengambilan ubat yang menjadi penyebab. Pesakit harus dibawa ke hospital dengan segera.

Beberapa ubat akan diberikan oleh doktor seperti memberikan ubat antialergi (antihistamin) untuk meredahkan gejala ATAU kortikosteroid untuk mengawal keradangan yang terjadi jika gejala sudah teruk.

Terapi juga akan dilakukan di hospital bagi menganti cairan tubuh yang hilang. Bagi pesakit yang mempunyai masalah kulit mati, kulit perlu diberhentikan kemudian lukanya ditutup bagi mengelakkan jangkitan lain.

CARA PENCEGAHAN

  • Bagi masyarakat Asia, disarankan untuk melakukan ujian genetik sebelum mengambil ubat-ubatan tertentu seperti carbamzepine.
  • Minta nasihat pakar sekiranya mempunyai sejarah penyakit ini daripada keluarga.
  • Elak mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sindrom ini sekiranya pernah mengalami sindrom ini sebelum ini.

Boleh baca: Keluar Bintik Merah Dan Sesak Nafas Selepas Makan Antibiotik Disangka HFMD Rupanya…

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda