Pada awal kehamilan, apabila di scan doktor tidak nampak baby hanya kantung, begitu juga pada minggu ke-7 hingga ke-9, setiap kali scan, doktor hanya nampak kantung tidak ada baby, akhirnya doktor mengesahkan saya keguguran,”

Itulah antara luahan wanita yang disahkan hamil tetapi tidak menjadi dan dikira mengalami keguguran. Rahimnya dicuci dan turut berpantang seperti ibu lepas bersalin.

Kehamilan jenis ini dikenali sebagai kehamilan kosong atau Blighted Ovum.

APA ITU KEHAMILAN KOSONG?

Kehamilan kosong adalah satu proses kehamilan yang terjadi apabila sel ovum telah bercantum dengan sel sperma dan menempel pada dinding rahim. Bagaimanapun, embrio tidak berkembang atau tidak terbentuk sama sekali walaupun kantung sudah terbentuk.

Wanita yang mengalami kehamilan kosong akan tetap mengalami tanda-tanda kehamilan biasa. Walaupun plasenta terbentuk dan tidak memiliki embrio, kita akan tetap mengalami perubahan seperti kenaikan HCG.

Untuk mengetahui seseorang wanita yang hamil mengalami kehamilan kosong sukar dikenal pasti.

KENAPA KEHAMILAN KOSONG TERJADI?

1. TANDA KROMOSOM TIDAK NORMAL

Ada sesetengah wanita hamil akan mengalami keguguran sebelum minggu ke-8 kehamilan. Kehamilan kosong ini adalah salah satu tanda apabila tubuh ibu mengenali ada kromosom yang tidak dikenal atau tidak normal berkembang pada janin. Secara semula jadi, tubuh akan menolak untuk melanjutkan proses perkembangan janin.

2. SEL TIDAK SEMPURNA

Kehamilan ini boleh terjadi ketika ada sel yang terbahagi secara tidak sempurna akibat kualiti sel sperma dan sel ovum yang berkualiti. Kehamilan kosong juga sangat dipengaruhi oleh faktor genetik dari suami dan isteri.


10 TANDA-TANDA KEHAMILAN KOSONG

1. LAMBAT DATANG HAID

Pada tahap awal kehamilan kosong, wanita hamil juga akan mengalami lambat datang bulan tetapi tidak mempunyai gejala alahan sekiranya kantung tidak berkembang.

2. UJIAN AIR KENCING POSITIF 

Wanita dengan kehamilan kosong juga akan mendapat hasil ujian air kencing positif hamil sama seperti ibu hamil yang lain kerana sel sperma dan ovum tetap menempel pada dinding rahim.

3. PERUT KEMBUNG

Perut kembung dan tidak selesa juga akan dialami oleh wanita dengan kehamilan kosong sama dengan sesetengah ibu hamil yang lain.

4. SAKIT DADA

Sakit dada seperti tekanan yang kuat adalah antara tanda kehamilan kosong. Bagaimanapun, ada sesetengah ibu hamil turut mengalami masalah ini. Sakit dada ini berkaitan dengan jumlah oksigen yang rendah dalam tubuh ibu dan reaksi akibat proses pembuahan dari sel telur dan sel sperma namun sebenarnya gagal berkembang.

5. MORNING SICKNESS

Wanita dengan kehamilan kosong juga boleh mengalami gejala alahan yang teruk. Jadi, memang sukar untuk mengenal pasti kehamilan kosong dengan tanda-tanda ini.

6. SAKIT KEPALA

Sakit kepala yang lebih teruk daripada kehamilan biasa adalah tanda kehamilan kosong.

7. KANTUNG KOSONG

Pada pemeriksaan USG yang dilakukan pada minggu ke-7, kantung akan terbentuk sempurna dan jika tidak ada embrio yang berkembang. Doktor akan menasihati untuk bersedia menghadapi kehamilan kosong.

8. SAKIT BAWAH PERUT

Sakit bawah perut bagi wanita dengan kehamilan kosong perlu diawasi jika disertai dengan keluarnya cairan coklat dan merah daripada vagina.

9. PENDARAHAN 

Ada wanita akan mengalami pendarahan teruk seakan-akan datang bulan. Sesetengah wanita akan menganggap kitaran haid tidak normal kerana datang lambat. Bagi yang sudah mengetahui kehamilan berlaku akan menganggap mereka keguguran.


BAGAIMANA MENGENALPASTI KEHAMILAN KOSONG

Pada minggu ke-7 dan ke-8 kehamilan, doktor akan melakukan pemeriksaan USG untuk melihat sama ada sel telur yang bercantum dengan sel sperma berkembang menjadi embrio. Biasanya kantung baru terbentuk pada ada usia ke-5 – ke-6 minggu kehamilan dan ketika ini sukar untuk mengenalpasti kehamilan kosong.

Jika hasil pemeriksaan USG menunjukkan kantung janin sudah berukuran 25mm dan belum menampakkan embrio, maka doktor akan mendiagnosisnya sebagai kehamilan kosong.


RAWATAN KEHAMILAN KOSONG

1. MENUNGGU KEGUGURAN SEMULAJADI

Jika disahkan kehamilan kosong, wanita hamil perlu menunggu tanda pendarahan berlaku seperti datang bulan. Jika dalam beberapa hari tidak datang, boleh berjumpa dengan doktor.

2. CUCI RAHIM

Sekiranya pendarahan tidak berlaku, doktor akan melakukan prosedur mencuci rahim.


CARA PENCEGAHAN KEHAMILAN KOSONG

Sehingga kini, tiada cara mencegah kehamilan kosong daripada berlaku. Tetapi biasanya kehamilan kosong hanya berlaku sekali dalam setiap wanita di dunia. Bagaimanapun, jika ada pasangan mempunyai sejarah kehamilan kosong dalam keluarga, dinasihati untuk melakukan ujian genetik sebelum berkahwin.

FAKTA TENTANG KEHAMILAN KOSONG

  • Wanita dengan kehamilan kosong tiada darah nifas seperti keguguran.
  • Persiapan mental dan fizikal penting bagi setiap kehamilan.
  • Jika selepas kehamilan kosong masih berlaku keguguran, ia mungkin disebabkan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan hipotiroidisme.
  • Mempunyai potensi tinggi mendapat kehamilan normal pada kehamilan seterusnya.

SUMBER: Hamil.Co

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda