MEMUAT naik gambar anak dengan kerap boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak. Perkara ini sudah diuar-uarkan sejak dahulu lagi. Namun, nampaknya masih tidak banyak kesedaran dalam kalangan ibu bapa.

Hal ini kerana trend penculikan digital atau Digital Kidnapping adalah salah satu cabaran ibu bapa era ini.

Mahu tak apa itu Digital Kidnapping? Berikut adalah perkongsian Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail untuk pengetahuan semua ibu bapa di luar sana.

BACA>>> 5 Perkara Perlu Elak Jika Mahu ‘Upload’ Gambar Anak di Media Sosial

MENCULIK ANAK SECARA DIGITAL KIDNAPPING

Semasa di dalam kelas On Screen Off Screen: Children Literacy bersama Dr Aisha Walker, saya sempat bertanya kepada beliau tentang kenapa sekolah di United Kingdom (UK) tidak membenarkan gambar kanak-kanak diambil without consent.

Have you heard about digital kidnapping?”

It is only to avoid pedophiles?

More than that…

Apa yang berlegar-legar di kepala ketika itu hanyalah point untuk membanteras pedophile yang makin berleluasa.

Malah, it is a big NO juga untuk post gambar mereka ke laman media sosial.

APA ITU DIGITAL KIDNAPPING?

Pernah dengar kan kidnapping atau culik? Dulu, ya ia membabitkan penculikan secara fizikal (even sampai sekarang masih ada). But now, di era peningkatan teknologi, ada new term iaitu ‘digital kidnapping’.

‘Digital Kidnapping’ (DK) terjadi apabila seseorang cuba atau telah mencuri gambar orang lain (in this case, gambar anak-anak) dan re-post di internet. Benar, jangan terkejut kalau tiba-tiba ada gambar anak sendiri di post oleh orang yang tidak dikenali. Creepy tak?

APA TUJUANNYA?

Orang yang mencuri gambar-gambar ini dan meng-repost gambar ke laman sosial sedang ‘bermain role play’. Mereka membayangkan itulah anak mereka, mencipta akaun socmed untuk anak mereka, menerima likes dan komen kononnya untuk anak mereka. Ada yang remain the same identity, malah ada yang mencipta identity yang baru kepada anak-anak tersebut!

Kalau anak artis kita sudah tahu dan kenal itu anak artis. Yang kita ini tak berapa nak artis?

Ada yang siap kononnya disclaimers – kanak-kanak ini adalah anak angkat atau anak yatim walaupun ibu bapa sebenar masih hidup! Tak percaya, try lah search #adoptionrp, #orphanrp #babyrp

Mereka akan follow ibu bapa yang kerap post gambar anak masing-masing. There is one case, penculik DK ini telah follow anak tersebut dari baby sampailah masuk sekolah! Dan mereka post semula gambar anak tersebut sepanjang tumbesaran si kecil – ibarat anak mereka sendiri.

NAK LEBIH MENAKUTKAN?

Kadang-kadang ibu bapa dan guru tidak sedar, mereka telah revealed maklumat peribadi. Seperti gambar rumah, gambar jalan, nama dan gambar sekolah dan sebagainya yang berkaitan. Ia memberi input yang sangat berharga kepada penculik untuk melihat sendiri ‘anak mereka’ di depan mata.

Ini belum masuk lagi potential dangerous dan risiko yang akan berlaku. Contohnya:-

1. Masalah buli di sekolah. Kawan-kawan sekolah menggunakan gambar ketika kecil atau terkini untuk mengejek verbally or physically – or even emotionally. Ia memberi kesan kepada masa depan anak!

2. Umur anak 5 tahun sudah mula develop a sense tentang diri sendiri. Dah boleh rasa malu dan tidak selesa (Common Sense Media).

3. Mengekploitasi gambar anak-anak untuk tujuan bisnes.

4. Attract dari orang-orang yang bahaya. Stranger, Pedophile, atau sesiapa sahaja yang tend for bizarre sexual fantasies.

BACA>>> Perbuatan Pedofilia Ini Menjijikan! Ini Sebab Mak Ayah Perlu Pantau Anak Remaja Dalam Media Sosial

SUSAH KAWAL DIRI DARIPADA MUAT NAIK GAMBAR DI LAMAN SOSIAL?

Menurut Common Sense Media lagi, ia sangat sukar untuk tidak memuat naik gambar anak di laman sosial. Cuma ada condition tertentu untuk kita ambil perhatian.

1. LIMITKAN AKSES GAMBAR ANAK

Kalau perasan, di Facebook contohnya, kita boleh tapis friends mengikut group tertentu. Maka, anda boleh post gambar dan letakkan privacy untuk group tertentu sahaja yang boleh melihatnya.

2. JANGAN KEMASKINI LOKASI

Check in itu satu benda, tapi nama sekolah, rumah, jalan dan sebagainya itu, elakkan. Macam mentioned diatas tadi – from digital kidnapping ada potensi kepada physical kidnapping.

3. Ajar anak tentang memberi kebenaran post gambar di media sosial. Kita pun kadang-kadang tidak suka gambar kita ada di public.

4. Internet itu selamanya. Sekali sudah di upload, memang kekal la di sana. Fikir 2x atau beribu kali sebelum post.

Saya mohon sangat ada sekatan yang berbentuk polisi dan akta untuk menghalang posting gambar anak di media sosial ini wujud.

Dunia ini makin membahayakan. Jangan nampak mudah. Kalau kita tidak control mereka, mereka akan control kita. Nauzubillah.

*Guru-guru pun sudah boleh kurangkan post gambar anak murid sesuka hati kan?

** Try google image Digital Kidnapping, sesungguhnya ini bukan benda baru lagi.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda