KETUMBUHAN pada rahim bergelar adenomyosis. Rahim menjadi bengkak dan membesar. Gejala utama ialah senggugut yang amat teruk sehingga boleh menyebabkan anda makan ubat penahan sakit (pain killer). Ada yang mengalami perdarahan berterusan dan berpanjangan. Darah keluar berketul-ketul dan menjadi pucat anemia.

APAKAH PUNCANYA?

Punca utama masalah ini berlaku adalah darah haid yang meresap masuk ke dalam dinding otot rahim menyebabkan radangan atau inflamasi. Keadaan ini berlaku bertereusan setiap kali datang haid. Proses radangan atau inflamasi dalam jangka panjang menyebabkan fibrosis pada otot rahim dan rahim terus membengkak.

Berbeza dengan fibroid, fibrosis dan pembengkakan dalam adenomyosis melibatkan keseluruhan otot rahim. Ketumbuhan fibroid pula melibatkan hanya sebahagian otot rahim sahaja dan ia ada selaput atau kapsul yang menyelubungi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, fibroid mudah dibuang dengan pembedahan sedangkan adenomyosis sukar dibuang tanpa merosakkan rahim.

Ketumbuhan ini terus membesar atas pengaruh hormon estrogen. Bila putus haid baru ketumbuhan terkawal. Tetapi untuk menunggu putus haid mungkin mengambil masa puluhan tahun

Penyakit ini sering melanda wanita umur 40an tahun ke atas. Ia juga sering melanda pesakit endometriosis pada stage 4. Namun kini, semakin ramai wanita muda berumur 30an tahun atau kurang dilanda ketumbuhan adenomyosis.

Jadi, apa kata kita ketahui cara untuk mencegah ketumbuhan ini terjadi pada diri anda!

BACA>>> Rahim Sihat Bermula Dari Kanak-Kanak. Dr Hamid Kongsi 11 Tip Penjagaan Rahim

Tumbuhan Adenomyosis besar seperti hamil 6 bulan. Bedah nak cuba selamatkan rahim tetapi gagal. Terpaksa buang rahim kerana tumbuhan sudah merosakkan keseluruhan rahim.

BAGAIMANA MENCEGAH TUMBUHAN SEPERTI INI?

1. Rawat senggugut sejak umur remaja.

2. Ubah makanan kepada vegetarian atau pun 70% vegetarian.

3. Jauhkan junk dan fast foods, jauhkan perisa, pemanis dan pengawet dalam makanan.

4. Amalkan makanan anti inflamasi

5. Amalkan makanan anti estrogen.

6. Makan panadol atau aspirin bila2 perlu, jangan sekat. Kedua-dua ini ada kesan anti inflamasi.

7. Amalkan makan multivitamins dan Vitamin C 1gm setiap hari.

8. Herba-herba kampung, anti inflamasi, anti radangan. Klinik saya sedang mencuba rawatan dengan produk herba kampung bagi penghidap endometriosis dan adenomyosis.
Produk herba ini telah saya, isteri dan beberapa teman uji sendiri dan didapati berkesan sebagai anti inflamasi dan anti radangan.

BACA>>> Dr Hamid Arshat: 20 Makanann Ini Boleh Bantu Kecutkan Cyst Dan Fibroid

9. Gunakan banyak kunyit, halia, bawang dalam masakan.

10. Amalkan jumpa doktor selalu bagi scan rahim.

11. Jangan tangguh cadangan hendak hamil.

SUMBER: Dr Hamid Arshat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda