PAKAI stoking atau sarung kaki ketika berpantang bak aur dan tebing yang tidak dapat dipisahkan. Stoking memang sudah jadi aksesori wajib buat wanita selepas bersalin, ataupun keguguran.

Kalau tidak pakai, mulalah orang sekeliling membebel pasal kesan buruk ke atas kesihatan. Berikut perkongsian Bel Nawhen yang diolah semula. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu yang bakal bersalin.

KENAPA PERLU BERSTOKING?

1. KEKALKAN SUHU BADAN

Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon daripada kehamilan kepada kelahiran.

Jadi, untuk kekalkan suhu badan normal, kita perlu elakkan kaki terkena lantai sejuk. Ada orang tidak tahan sejuk lantai dan boleh menyebabkan dia menggigil kesejukan.

Jika dulu, lantai rumah daripada papan, sejuk angin luar boleh sebabkan menggigil. Masa kini lantai kebanyakan daripada simen, marmar dan pelbagai material lagi dan ia juga cepat sejuk di permukaannya.

2. CEDERA KAKI

Memakai stoking juga boleh mengelakkan kita dari risiko kecederaan kaki ketika berpantang kerana perlu banyak gerak bersama anak, silap langkah sikit cedera pula.

3. ELAK PEMBEKUAN BETIS

Pakai stoking bukan sebab mahu elakkan masuk angin. Tidak ada istilah angin masuk daripada kaki, masuk ke rahim atau masuk ke mana-mana liang tubuh.

Jika nak elakkan deep vein thrombosis (pembekuan darah di salur darah pada betis), anda perlu pakai stoking selain perlu aktif bergerak.

JIKA TAK SUKA STOKING?

Mungkin ada antara kita tidak selesa berstoking. Mana nak keluar masuk tandas lagi, silap sikit stoking basah kena air, sudah kena tukar lain. Payah.

Jadi, sebagai alternatif menggantikan stoking, boleh pakai selipar atau kasut dalam rumah bagi mengelakkan sentuhan secara langsung antara tapak kaki dengan lantai sejuk.

TIP PILIH STOKING?

1. PAKAI STOKING TED

TED ialah Thromboemboletic Deterring – compression. Stoking ini berfungsi memperbaiki aliran darah di bawah kaki mengalir ke atas supaya darah tidak berkumpul di bawah. Stoking in biasanya digalakkan dipakai ibu selepas bersalin secara pembedahan.

2. KETAT HINGGA BETIS

Sejenis stoking seperti dipakai pemain bola sepak. Stoking boleh beri tekanan kepada kaki dan menggalakkan pengaliran darah di kaki.

3. SERAP PELUH

Stoking ini bertujuan memberi keselesaan kepada kita. Apabila stoking mudah lembab dan tidak serap peluh, bakteria suka dan menginap di kaki. Lain pula jadinya.

4. TIDAK LICIN

Pastikan stoking dipilih selamat digunakan dan tidak mudah menyebabkan tergelincir.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda