KANAK-kanak memang suka sepah mainan tetapi jika anak tidak tahu untuk mengemas mainan yang disepahkan itu juga menjadi masalah buat ibu bapa.

Kerja mengemas memenatkan. Selepas kita kemaskan mainan, mereka sepah semula. Sebab itu, kita kena ajar anak kita untuk mengemas mainan setiap kali selepas bermain bermula daripada kecil seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Sahkirin ini.

BACA>>> Kenapa Kanak-Kanak Suka Menyusun Mainan Dengan Sangat Teratur?

ANAK SEPAHKAN RUMAH TANDA ANDA IBU BAPA HEBAT

I agree…but need to add a bit more words to that sentence…

Anak sepahkan rumah tanda anda ibubapa hebat dan anda akan nampak lebih hebat jika anak kemaskan apa yg dia sepahkan!

Tiada larangan dari saya jika anak-ank nak bermain. Ada 3 bakul mainan untuk dia main dan sepahkan. But the moment they stop playing all the ‘mainans’, i said, what u all need to do?

Kemas balik…!!!

Tidak susah nak ajar sebenarnya, cuma mula-mula itu kena bertegas sikit dengan mereka. Saya dah pun dedicated bilik mainan, tapi mereka main dari bilik smpai ruang tamu, bersepah, berterabur merata mainan smpai kita sendiri terpijak mainan diorang.

Tidak sakit tak apa, ini sakit kot. Pastu wife kemas-kemas and letak balik di tempat asal… tidak sampai 5 minit, mereka pergi ambil dan sepahkan balik.

BAGAIMANA NAK AJAR ANAK SUPAYA KEMAS MAINAN SELEPAS MAIN?

It’s ok… saya ambil satu plastik hitam, kutip semua mainan itu, masukkan dlm plastik, then letak kat tepi tong sampah.

“Abah buang ke mainan kami?”

Haa, abah nampak macam tak ada orang guna dah, jadi abah buang la…kurang la bersepah skit umah. Abah tak suka sepah-sepah ni… kalau orang datang macam mana? berapa kali dah abah pijak mainan-mainan itu…

Tapi tu mainan kakak dengan abang…”

Mainan kena letak mana lepas main? Dalam bakul kan… Akak, abang, adik letak mana? atas lantai? bawah sofa? kalau akak tak nak abah buang, kutip semua mainan-mainan tu, simpan balik setiap kali akak habis main dengan abang, dengan adik…boleh?

BACA>>>  Pensyarah: Kanak-Kanak Tidak Banyak Mainan Lebih Kreatif

Abah nak balik dah, Kejap lagi abah sampai umah, kemas cepat”

Berlari dan kalut mereka kemas mainan yang disepahkan bila dengar ibu mereka cakap abah nak balik dah sebab tak nak mainan kena buang.

Kena ajar, jangan biar…

Rumah bersepah tanda anak itu bijak, tapi jika dia tahu untuk kemaskan, itu lebih bijak… beban isteri untuk mengemas pun dapat dikurangkan dan kurang sikit la dengar isteri pot pet pot pet….

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda