MEMANG betul, anak kita walaupun di dalam rumah sendiri pun kita masih perlu awasi dia. Bahaya itu tidak kira masa dan tempat. Umpama kisah yang dikongsikan ini. Siapa sangka, sebatang aiskrim boleh jadi punca anak dibedah.

Ini perkongsian yang boleh kita jadikan pengajaran;

BAHAYA BATANG AISKRIM

Ini adalah pesanan khidmat masyarakat supaya kita ibu bapa penjaga lebih berhati-hati. Ya, kemalangan boleh terjadi bila-bila masa dan pelbagai keadaan termasuklah hanya dengan batang aiskrim biasa.

Umminya yang minta tolong sebarkan  agar pengalaman ngeri ini tidak berulang pada orang lain. Beliau tidak mampu menulis dalam keadaan sekarang.

TIBA-TIBA AKU TERDENGAR ANAK MENANGIS……

Ketika ummi sedang bersiap ambil kakak di sekolah, tiba-tiba terdengar anak paling kecil menangis sekuat-kuatnya.

Berhampiran dengannya adalah si abang menyorok di balik perabot. Bila ummi menghampiri bayi usia setahun setengah ini dalam keadaan terlungkup, beliau terkejut mulut penuh darah. Disisinya ada batang aiskrim yang berdarah.

Ummi dongakkan kepala untuk lihat dari mana datangnya darah. Dari lelangit!

TERUS BERGEGAS KE KLINIK….BAWA BABY….

Ummi terus bersiap dan pergi klinik berhampiran dengan baby berlumuran darah. Klinik hanya periksa sikit dan beri antibiotik. Ummi balik rumah dan baby tidur mungkin sebab penat menangis. Nampak keadaan seperti terkawal.

Bila baby bangun tidur, buka aja mulut, darah penuh mulut. Ummi terus bersiap hendak hantar ke hospital terdekat (Kulai).

Bagus doktor di Kulai. Doktor di hospital tersebut periksa dan kata ianya masih terkawal. Sedikit koyak di bahagian lelangit. Kes dirujuk ke HSA kerana di sana terdapat pakar. Ummi balik rumah untuk berbuka dengan pesanan doktor, kalau ada pendarahan waktu malam, terus ke HSA.

LAGI BANYAK DARAH KELUAR

Hendak dijadikan jadi cerita, baru seteguk air ummi minum, kaki adik dibentes abang. Darah keluar membuak-buak jauh lebih banyak dari keadaan pertama.

Ummi pandu kereta dan nenek pegang baby. Baju nenek basah dengan darah. Sampai HSA, doktor kata lelangit dah hitam. Kena tahan wad. Esok akan dibedah. Perlu puasa.

Esoknya Ummi masuk sekali dewan pembedahan. Lihat baby dibius, dibuka mulut nampak kesan koyakan besar sebenarnya dari tengah sampai hampir tekak. Doktor minta ummi yang nampak stress, keluar. Bayangkanlah perasaan seorang ummi.

Selesai pembedahan, doktor terangkan lelangit baby kena 6 jahitan dan daging yang terkeluar telah dimasukkan semula. Doktor sendiri tidak sangka batang aiskrim boleh menyebabkan sebegitu ngeri kesan. Dan lelangit yang kena batang aiskrim tersebut bukanlah di bahagian lelangit yang lembut.

Sebulan dari sekarang, baby tidak dibenarkan makan makanan yang keras. Makan bubur je. Sebab kalau berlaku jangkitan atau luka lagi, perlu lalui proses yang sama lagi.

Semoga kisah ini menjadi tauladan buat semua.

BACA>>>> Apa Perlu Saya Buat Jika Anak Benjol Atau Bengkak Akibat Terjatuh?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda