ADAKALANYA kita kurang beri perhatian betapa pentingnya sayur pada kesihatan anak. Apa yang selalu terjadi, kita hanya menurut kemahuan dengan alasan sayang anak atau malas hendak memaksa. Sebenarnya, jika anak langsung tidak makan sayur atau buah-buahan, kesihatan mereka akan kerap terjejas. 

Jika anak anda susah untuk makan sayur, berikut merupakan tip yang boleh diamalkan.

5 TIP SUPAYA ANAK MAKAN SAYUR 

1. AMALKAN MAKAN SAYUR BERSAMA

Si kecil akan akan lebih terkesan meniru perbuatan orang sekeliling mereka. Tunjuk pada anak, sayur itu makanan yang sedap dan beri banyak khasiat. Amalkan makan sayur bersama anak agar mereka terbiasa dengan sejak dari kecil lagi. Pastikan setiap hidangan ada sayur dan buah.

2. GUNA KARTUN SEBAGAI TARIKAN

Anak akan lebih tertarik untuk makan jika watak kartun kegemaran mereka dijadikan sebagai makanan. Dengan cara menghias dan membuatkan makanan si manja lebih menarik, secara tidak langsung ini boleh menarik minat anak untuk makan sayur. 

Ibu-ibu boleh sediakan makanan dalam beberapa corak mengikut kreativiti masing-masing. Contohnya, boleh buat bentuk basikal, kereta, haiwan comel, bunga atau pun bentuk mainan kegemaran anak. Sayur-sayuran boleh disembunyikan disebalik jus buah-buahan yang dicampurkan dengan minuman seperti yogurt.

BACA>>>> Doktor: Tidak Makan Sayur Dan Buah Punca Kanak-Kanak Sering Kena Ulser

3. ELAK MARAH ATAU ANAK JIKA DIA TIDAK MAHU MAKAN SAYUR

Jika anak masih menolak sayur setelah dipaksa, janganlah pula marah atau menghukum dia. Risau pula jika anak trauma sampai boleh terus hilang selera untuk makan sayur. 

Jika anak makan sayur, puji dan tunjukkan sikap positif. Jadikannya suatu kebiasaan bukan paksaan atau hukuman.

4. BERI PELUANG ANAK PILIH SENDIRI

Amalkan bawa anak ke pasar untuk beli sayur. Beri kebebasan padanya untuk buat pilihan sendiri. Biasanya si kecil akan makan apa yang mereka pilih tanpa banyak soal. Tapi sebelum itu, awal-awal lagi beri syarat yang dia kena makan apa yang dia pilih.

5. MASAK BERSAMA

Sekali-sekala kita perlu beri peluang kepada anak untuk lihat dan bantu memasak di dapur. Minta tolong mereka untuk basuh sayur atau mencuba sendiri makanan yang mereka buat. Sebenarnya peluang untuk mereka merasa sayur-sayuran adalah tinggi apabila mereka seronok menolong.

BACA>>>> Anak Tak Makan Sayur? Boleh Buatkan Brokoli Goreng Ranggup Mudah Dan Sedap Ini…

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda