KESOH pasal perangai anak super aktif yang reti duduk diam apabila berkunjung ke rumah tetamu sepanjang musim rumah terbuka Raya ini. Ada kes televisyen pecah dan ada pula tuan rumah yang koleksi permainan Hot Wheels.

Macam-macam pandangan an pendapat masyarakat mengenai kanak-kanak aktif. Tetapi, tahukah anda memang ada jenis kanak-kanak yang memiliki sifat aktif secara semula jadi, dipanggil kinesthetik learner.

Jadi, apa itu kinesthetik learner? Apa kata baca perkongsian Pakar Motivasi, Ibu Rose yang dipetik daripada laman Facebooknya.


ANAK-ANAK YANG TAK TAHU DUDUK DIAM ITU BUKAN ANAK JAHAT!

Sedih sungguh hati Ibu apabila anak-anak kecil yang suka bergerak dan tidak tahu duduk diam macam ‘brownian movement’ dituduh dan dicop jahat.

Jangan sekali-kali panggil dia jahat dan tuduh dia bodoh. Ini anak yang aktif, BUKAN hyperactive. Hyperactive itu satu kondisi perubatan. Selalunya anak-anak ligat ini, mereka hanya aktif dan perlu banyak bergerak.

Kenapa?

Hah, itu yang Ibu hendak tanya; pernah atau tidak anda bercakap dengan anak, lagi banyak anda bagi informasi, lagi banyak badan dia bergerak? Lagi banyak anda bercakap, dia nampak susah nak duduk diam. Tak fokus, dan tak hormat kita nak cakap! Itulah yang ramai ibu bapa dan cikgu yang belum tahu tentang hal ini.

Tahu tak kenapa dia kena gerakkan badannya? Kerana untuk info itu masuk ke otaknya, salurannya ialah badan anak itu yang perlu bergerak. Kalau dia, dia tak dapat nak masukkan info ke dalam otak dia. Inilah dinamakan kinesthetik learner.

Guru terutama guru tadika; ingat ya sayang, kalau ada anak murid begini, jangan sibuk nak suruh dia duduk diam. Bagi dia bergerak salah satu anggota badan dia ketika anda mengajar ke, bercerita ke, baru dia mudah faham.

Anak begini… Tolonglah jangan kata dia jahat, nakal, hyperactive, tak pandai kawal diri. Label ini semua akan merosakkan imej anak tersebut kepada dirinya.

Bagi Ibu, Ibu sangat bertuah sebab arwah bapa faham hal ini. Mungkin dia tak tahu nama kinesthetic tu, tapi dia faham ada budak tahu-tahu duduk diam. Itulah Ibu ketika kecil. Sudah dewasa purba ni pun tak tahu duduk diam, ada saja projek nak dibuat.

Az-Zahraa cucu sulung Ibu ketika usia dia bawah 4 tahun, memang ribut. Namun, mamanya sudah faham. So, bila dengan Az-Zahraa memang dia akan guna cara kinesthetic ni.

Sekarang ini kami ‘dicabar’ cucu Ibu yang kelima, Miera. Sangat laju bergerak. Sangat determine. Ibu panggil dia, Rozieta kecik. Nanti Ibu share gambar dia di bawah ini.

Apapun cara anak memasukkan informasi ke dalam diri dan Modaliti Pembelajarannya; setiap anak berpotensi tinggi untuk berjaya dunia dan akhirat.

So, sayang, tenangkan hati ya bila anak-anak tak duduk diam.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda