SALAH satu cabaran ibu selepas bersalin adalah bayi tidak mahu langsung menyusu direct pada ibu, hingga boleh menyebabkan tekanan. Ada kes tertentu, ibu terpaksa mengepam susu dan memberikan anak menyusu menggunakan botol.

Memang merumitkan! Ibu jangan mudah putus, apa kata cuba Oral Stimulation Theraphy untuk mengatasi kekeliruan puting bagi bayi kecil.

APA ITU ORAL STIMULATION THERAPHY

Oral Stimulatin Theraphy ini diakukan bagi masalah bayi yang mengalami keliru puting, bukaan mulut yang kecil dan sukar melekap semasa menyusu.

Dalam video berikut, Doktor Hairin Anisa menunjukkan langkah demi langkah untuk membuat oral stimulation theraphy ini.

Ibu boleh buat sendiri di rumah sebagai langkah intervensi awal mengatasi masalah keliru puting.

NOTA: Jika bayi anda normal dan dapat menyusu dengan baik, tidak perlu membuat oral stimulation therapy ini. Hanya dilakukan jika bayi anda enggan menyusu secara direct.

CARA MELAKUKAN ORAL STIMULATION THERAPHY

1. Pastikan tangan dan jari dicuci bersih, kuku dipotong pendek.

2. Gunakan jari manis atau jari kelengkeng sahaja sesuai dengan saiz mulut bayi.

3. Basahkan jari dengan sedikit susu ibu.

4. Mulakan dari dalam mulut ke luar.

5. Gosok gusi seperti menggosok gigi.

6. Gosok dan urut bahagian pipi dalam mulut.

7. Urut juga atas lidah dan bawa lelangit bayi.

8. Buat sehingga lidah bayi aktif, menolak jari dan juga menghisap.

9. Selesai bahagian dalam mulut, urut atas mulut, bawah mulut, tepi mulut dan pipi bayi.

10. Mungkin perlu dibuat berulang kali sehingga masalah penyusuan selesai.

Boleh rujuk video dibawah bagi lebih perincian!

SUMBER: Kelab Sokongan Penyusuan Ibu JB

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda