MELAYAN ragam anak yang tidak mahu makan nasi memang boleh buat pening kepala. Macam-macam cara dan helah dibuat, tetapi dia tetap tidak mahu makan nasi juga. Kalau diberikan makanan lain, bukan main berselera lagi dijamahnya.

Daripada beri makanan sejuk beku yang banyak dijual di pasaran. Apa kata cuba buat nuget nasi ini. Mudah dan senang saja. Juga boleh disejuk bekukan dan dikeluarkan untuk dimasak apabila diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • Nasi panas yang baru masak
  • Ayam mentah yang dicincang atau dikisar halus
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Telur
  • Serbuk roti (breadcrumb)

CARA-CARA

  • Gaulkan semua bahan di atas hingga sebati dan lenyekkan.
  • Kepalkan hingga jadi bentuk bulat.
  • Tekan supaya leper seperti bentuk nuget.
  • Celup telur dan salutkan dengan breadcrumb.

Seterusnya, masukkan dalam bekas untuk disejukbekukan. Kalau hendak dimasak terus pun boleh. Makan ketika panas memang sedap. Anak pasti akan berselera!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda