DIANGGARKAN kira-kira 10 peratus penduduk dunia adalah orang tangan kidal. Golongan ini tidak ramai dan dikatakan mempunyai kelebihan berbanding individu yang menggunakan tangan kanan.

Tetapi adakah ia benar?

Menurut Profesor Psikologi di Universiti Texas Amerika Syarikat, Ronald Yeo, anak dengan kelebihan pada tangan kanan atau kiri tidak dapat diketahui sejak dalam perkembangan janin.

Bagaimanapun, otak dan tubuh orang yang bertangan kidal ini dikatakan berbeza dengan orang tangan kanan.

Berikut adalah 11 fakta tentang orang tangan kiri tapi menarik yang tidak ramai tahu:-

1. Secara kiraan kasar hanya 10-15 % daripada penduduk di dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada genetik yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ia mempunyai kaitan dalam sesebuah keluarga.

4. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

5. Anak lelaki berpotensi tinggi untuk menggunakan tangan kiri berbanding anak perempuan.

6. Orang kidal kebiasaanya akan mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.

7. Orang Kidal lebih cepat marah. Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.

8. Untungnya, orang kidal terbukti jauh lebih cergas dan bijak daripada yang bertangan kanan. Menurut kajian dari Universiti St Lawrence, kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih daripada 140. Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein dan Newton adalah orang-orang kidal.

9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.

10. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecergasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal. Manakala, 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple adalah individu dengan tangan kidal.

11. Antara personaliti terkenal dalm sejarah yang dilahirkan kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.

SUMBER: HelloSehat | MingguanWanita

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda