MASALAH anak takut gelap bukanlah satu perkara yang luar biasan dalam kalangan kanak-kanak. Namun, adalah menjadi peranan ibu bapa mengalakkan anak mereka untuk menghilangkan ketakutan itu.

Hal ini kerana ia akan memberi kesan jangka panjang pada mereka, yang mana akan menjadi penakut. Jadi, apakah cara yang perlu dilakukan bagi membantu mereka mengatasi masalah ketakutan pada gelap ini?

BACA>>> Jangan Takutkan Anak Dengan Hantu! Ia Beri Kesan Berpanjangan Pada Psikologi

Anak Takut Gelap

Jangan ambil ringan bila anak takut gelap ini. Mereka bukan main-main, serius takut itu. Elakkan di tambah lagi dengan cerita hantu bagai.

Sampai ke besar nanti budak itu takut!

Takut gelap ini sebenarnya bukti yang anak itu ada masalah “Nighttime Anxiety”. Bimbang berlebihan bila tiba waktu malam.

Jadi memang normal kalau anak yang ada nighttime anxiety boleh menangis, meraung dan tantrum begitu teruk sekali bila suasana gelap.

Itu baru efek yang kita nampak dari segi fizikal. Apa yang kita tidak nampak ialah efek dalaman iaitu efek pada emosi dan mental mereka. Ia jauh lebih serius dari itu.

Bayangkan bagaimana anak menangis dengan jeritan dan air mata bercucuran, begitu juga la emosi dia menangis kesedihan dan mental dia ketakutan terngiang-ngiang jeritan tadi.

SALAH KALAU KITA GELAK, MARAH ATAU SURUH DIAM!!

Cara ini bukan meredakan tapi menambah lagi rasa seram, rasa takut dan rasa sedih dalam diri anak.

Berhenti Guna Logik!

Otak kita jauh berbeza dengan otak anak. Otak kita berfikir secara logik. Manakala otak anak pula berfikir dengan emosi.

Semakin kita cakap,

“Gelap je, tak ada apa nak ditakutkan”

Semakin membuak-buak anak fikir,

“Gelap sangat menakutkan”

Selagi kita tidak boleh nampak dari sudut pandangan (point of view) si anak, selagi itu anak akan berkeras bahawa apa yang dia rasa, fikir dan bayang itu betul dan benar.

Ini punca semakin anak besar, semakin menjadi jadi takut. Mula takut gelap masa nak tidur saja, sekarang tengok cermin gelap pun takut, tengok cerita di TV waktu malam dia dah terbayang yang bukan-bukan.

Anxiety ibarat “racun” imaginasi anak kita!

Tabiat menakutkan anak dengan cerita hantu dan seram boleh “bunuh” imaginasi anak sendiri.

Mesti elakkan! Kita sepatutnya perhebatkan lagi imaginasi anak bukan membunuh.

APAKAH CARA BANTU PULIHKAN KETAKUTAN ANAK?

Mulakan 3 langkah ini jika nak bantu pulihkan “Nighttime Anxiety” anak.

1. IKUT RENTAK ANAK

Anak takut gelap? Ikut kan saja. Jangan tutup semua lampu. Boleh juga sediakan lampu tidur kecil sebelah katil anak. Masa nak tidur buka lampu itu. Minda dia tenang, nak tidur pun senang.

Perasaan negatif ini kita tidak boleh provokasi berlebihan. Semakin diprovokasi rasa negatif itu jadi semakin parah. Makin merapu nanti imaginasi dia. Sebab itu tidak boleh di tambah takut-takutkan anak dengan cerita seram, hantu bagai.

Bagi tukang cerita memang nampak kelakar lihat gelagat anak, tapi kesan jangka panjang dia sangat bahaya. Anak boleh kena masalah insomnia, tidur tidak berkualiti, mudah bayang perkara yang bukan-bukan dan susah nak fokus.

Lebih baik banyakkan buat anak rasa tenang, selamat dan gembira sebelum tidur. Lama-lama nanti hilang rasa takut gelap itu. Yang penting kena banyak bersabar!

BACA>>> 6 Cara Ajar Anak Supaya Tidak Jadi Penakut

2. JADI LEBIH EMPATI

Perkara pertama yang anak mahu dari mak ayah bukan “solution” pada masalah dia tapi dia mahu mak ayah faham dan sentiasa ada di samping ketika diperlukan.

Jadilah mak ayah yang tinggi empati (Empathic Parenting). Empathic parenting bukan bermaksud bila nampak anak menangis saja kita jadi kelam kabut. Terus beri apa anak nak. Itu manja bukan empati!

Kita bukan nak manjakan anak tapi nak ajar anak supaya tidak terlalu manja!

Mak ayah yang tinggi empati ini mesti boleh sama-sama rasa emosi anak ketika anak hadapi kesukaran.

Anak menangis sebab gelap, jangan memperlekehkan dia. Walaupun bagi kita nampak benda itu remeh, tapi buat-buat serius depan anak. Tunjuk dekat anak yang kita ambil serius kesukaran dia.

Lepas itu, baru senang anak nak dengar cakap kita bila emosi antara kita dan anak berjaya dihubungkan (Rapport). Masa ini lah kita nak jelaskan yang gelap tidak bermaksud ada hantu.

3. BANTU ANAK KENALI KEKUATAN DIRI

Kalau anak berjaya tidur dalam gelap raikan mereka.

Wah, rania dah berjaya lawan rasa takut. Semalam tidur sorang-sorang tak nangis pun.”

“Beraninya kakak tidur dalam gelap.”

Kalau tidak berjaya pun berikan kata-kata motivasi.

“Tak mengapa sayang, esok kita cuba tidur dalam gelap ye”

“Malam ni papa teman adik tidur ye, nanti adik dah sedia adik boleh tidur sorang”

Tidak kisah apa pun kesudahannya. Raikan anak kita. Bantu anak kenali kekuatan mereka. Ada anak berani buat apa sahaja tapi bila gelap dia takut. Puncanya sebab anak tidak kenal kekuatan diri sendiri.

Anak yang hebat bukan “dilahirkan” oleh mak ayah yang hebat tapi anak yang hebat “dibesarkan” oleh mak ayah yang hebat.

SUMBER: Mohd Fhais

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda