ANAK saya 5 tahun payah betul nak makan nasi. Makan nasi kosong saja, tapi bila makan jajan bukan main laju. Saya risau dia tak cukup nutrien. Badan pun kurus.

Begitulah keluhan ibu apabila berdepan ragam anak tidak suka makan nasi. Jangan risau, kalau anak tidak makan nasi, kita sebenarnya boleh buat sendiri hidangan daripada nasi atau makanan lain untuk mereka.

Hidangkan saja menu lain yang mereka tidak pernah makan sebelum ini seperti 8 menu ringkas di bawah ini:

1. CUCUR NASI

  • Kisar nasi (secawan atau ikut kehendak kita)
  • Potong karot kecil-kecil
  • Bawang merah
  • Daun sup

Masukkan semua badan ke dalam setengah cawan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan goreng. Hidang kepada anak ketika masih panas bersama minum kegemaran mereka. Pasti anak suka.

2. NUGET NASI

Boleh klik sini untuk dapatkan resepi Nuget Nasi Anak Tidak Mahu Jamah Nasi Apa Kata Cuba Buat Nuget Nasi Ini.

3. NASI PUTIH GULUNG

  • Goreng 1 biji telur yang telah dipukul sedikit dengan kicap.
  • Goreng dengan nipis dan membuat kepingan besar untuk balut nasi.
  • Nasi yang digaul dengan ayam dan sedikit sayur cincang akan dimasukkan ke dalam telur itu (Buat seperti swiss roll).

Boleh juga dijadikan bekal anak ke sekolah atau taska.

4. SPAGETI KARBONARA

Buat hidangan spageti yang mudah dihidang tanpa memerlukan banyak kuah. Sudah cukup jika menggunakan susu segar dan dimasak dengan karot, bawang, sedikit ayam atau daging (dicincang) danURA sekeping keju.

5. BIHUN GORENG SINGAPURA

Jika mahu hidangkan, jangan tambah cili. Cukup hanya tumis bawang dengan sedikit potongan udang atau sotong. Masukkan bihun yang sudah lembut. Sesuai dihidangkan panas-panas.

6. PIZZA

Hanya guna roti keping biasa dan hanya sapu dengan sos, manakala rencah di atas boleh letakkan ayam yang sudah direbus dan dicarik-carik. Masukkan cendawan butang, tomato, bawang dan tutup dengan sekeping keju cheddar.

7. BISKUT DAN ROTI

Jika anak suka makan biskut dan roti, boleh buat sendiri biskut di rumah. Kisar emping jagung (cornflakes) atau oat dan masukkan dalam tepung gandum, adun dan bakar.

Tidak perlu pun buat makanan susah. Cukup kita tahu khasiat yang ada dan baik untuk anak dalam setiap hidangan.

Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda