BROKOLI adalah sejenis sayuran yang begitu banyak manfaat untuk kesihatan termasuk bayi dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ibu bapa yang mempunyai anak kecil selalunya mengalami masalah untuk memberikan sayur-sayuran pada anak mereka.

Apa kata kita cuba buatkan resepi Brokoli Celup tepung yang ranggup di luar dan lembut di dalam.

Selain brokoli, kita juga boleh menggunakan resepi ini untuk sayur-sayuran lain seperti baby corn dan sayur bunga.

BACA>>> Nak Anak Gemuk Tetapi Sihat? Mari Cuba 8 Makanan Berkhasiat Ini…

CARA MEMBUAT:

4 bahan ini saja yang kita perlu. Brokoli, tepung beras, tepung rangup dengan satu sudu tepung gandum.

Kalau untuk orang dewasa, boleh tambah serbuk paprika untuk pedas dan juga air garam.

Basuh bersih lepas itu potong kecil dan nipis.

Tambahkan sesudu besar tepung gandum. Kacau lagi semuanya.

Sudah siap untuk digoreng. Jangan direbus pula tau. Nanti bubur jadinya.

BACA>>> Doktor: Tidak Makan Sayur Dan Buah Punca Kanak-Kanak Sering Kena Ulser

Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan brokoli. Guna api besar saja terus sebab nak elak dari makan minyak cucurnya itu. Cuma kan, jangan tinggal kita punya brokoli. Nak mengenang nasib pun tidak sempat. Takut rentung brokoli.

Dalam 3-4 minit saja dalam kuali. Bila brokoli dah tukar warna perang, kita sudah boleh angkat dan toskan.

SUMBER: Ezzaty Suffian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda