MAHU minta anak dengar arahan kita memang susah. Kalau suruh kemas mainan ada sahaja alasannya. Mak yang tidak tahu kawal emosi boleh bertukar jadi singa.

Itu belum lagi, bila kita nak cepat, anak pula makin mengada-gada tidak mahu ikut apa yang disuruh. Memang mencabar, sebab itu penting untuk mak ayah tahu cara memujuk anak dengar arahan kita.

Berikut adalah cara psikologi untuk memujuk anak mendengar arahan kita dengan mudah tanpa memaksa mereka.

BACA>>> Anak Suka Memberontak Mungkin Sebab…

MACAM MANA NAK BUAT ANAK IKUT PERMINTAAN KITA (PART 1)

Bila diminta buat sesuatu yang asas dan penting, lalu anak menolak, geram juga dibuatnya, sebab nego banyak-banyak, masa berjalan. Kita pula nak cepat.

Boleh cuba cara ini: Beri pilihan yang sama tapi beza ikut masa.

Contoh :

Ibu Ayah: “Jom mandi

Anak: “Tak nak”.

Ibu Ayah: “Adik nak mandi sekarang atau 10 minit lagi”.

Anak: “10 minit lagi”.

Ibu Ayah: “Ok, bagus sebab Adik dah pilih untuk mandi. Ibu suka, nanti Adik bersih dan wangi, Allah juga suka orang yang cinta kebersihan”.

Akhiri dengan pujian siap-siap atas keputusan awal anak walau belum laksana lagi.

Ini untuk ‘provoke’ dan teguhkan pilihan tindakan dia.

Dan dua pilihan itu adalah pilihan kita, (minta mandi) cuma beza masa sedikit sahaja.

  • Nanti ingatkan sahaja masanya (lagi 5 minit, lagi 3 minit dan lagi 1 minit).
  • Kemudian ingatkan anak akan janjinya tadi jika dia masih leka.
  • Beritahu reward, selepas mandi dapat apa benda dia mahu (tukar ancaman kepada dorongan) seperti sambung tonton TV, dapat susu, makanan kegemaran atau main di luar rumah ditemani mak ayah.

MACAM MANA NAK BUAT ANAK IKUT PERMINTAAN KITA (PART 2)

Geram juga dibuatnya, sebab nego banyak-banyak, masa berjalan. Kita pula nak cepat, kan.

Beri pilihan yang merupakan ia tetap pilihan kita, tapi kaedah dan cara berbeza (Part 1 semalam guna masa berbeza).

Contoh:

Ayah: “Abang, boleh masuk sekolah sekarang”.

Anak: “Tak nak!”

Ayah: “Okay, Ayah tunggu. Abang pilih, nak jalan sendiri ke atau Ayah dukung”.

Anak: “Abang nak Ayah dukung macam ini (sambil tunjuk kaki dan tangannya, ikut macam terbang Superman).

Ayah: “Okay jom Ayah dukung macam Superman. Ayah bangga sebab Abang buat keputusan yang bijak untuk ke sekolah”.

Akhiri dengan pujian kepada pilihan anak, walau dua pilihan itu adalah tetap pilihan Ibu Ayah, cuma dicabangkan lagi saja kaedahnya.

 

BACA>>> Ibu Bapa Jadi Punca Anak Tidak Dengar Cakap (Baca: Degil)

  • Boleh juga untuk kes mandi, perjalanan ke bilik air adalah dengan terbangkan si anak, asal matlamat ibu bapa tercapai ya)
  • Sebab emosi anak mudah ‘distract’ dengan bentuk cabang aktiviti lain, berbanding cara ‘straight forward’ yang terlalu keras, maka emosi ‘longgar’ (tak ketat) bantu persetujuan anak tanpa sedar.
  • Anak usia 2-7 masih pra operasi pemikiran mereka, perlu dibantu dalam leading kepada keputusan yang betul, dalam masa sama mereka tinggi imaginasi.

SUMBERMaznah Ibrahim

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda