ANAK kecil memang suka merajuk dan mengamuk apabila kehendak dan keinginananya tidak dituruti. Itu adalah normal sebagai seorang kanak-kanak.

Oleh itu, adalah sangat penting sebagai ibu bapa untuk mengetahui cara untuk menenangkan mereka? Berikut adalah tip perkongsian Ibu Rose untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana.

BACA>>> 8 Tip Supaya Ibu Bapa Lebih Relaks Kawal Anak Tantrum

ANAK SUKA MERAJUK DAN MEMBALING BARANG BILA KEHENDAKNYA TIDAK DIIKUTI

1. JANGAN TAKUT ANAK MERAJUK

Jangan takut anak merajuk. Ia bukanlah kerana anak nak berlawan kuasa dengan anda. Anak hanya mahu menyatakan kehendaknya dan dia kecewa bila kehendaknya tidak diikuti. Kalau anda tidak bijak dan anda hanya menggunakan senjata marah, maka anda SENANG KALAH dengan cabaran ini.

2. CARA ATASI ANAK MERAJUK 

  • UMUR KURANG 1 TAHUN

Selalunya anak yang suka merajuk ni dia ni sensitif. Dari kecil umur tidak sampai setahun kita boleh tahu akan karekternya itu. Semasa dia kecil lagi, bila dia merajuk, anda perlu bisikkan kepadanya untuk usahlah merajuk. Kalau tidak dapat benda tidak perlu merajuk.

  • BENARKAN ANAK EKSPRES DIRI (KURANG 1.5 TAHUN) 

Kalau dia tunjuk perangai, jawab dengan tenang dan biarkan dia ekspres dirinya. Jika dia baling barang, biarkan dulu. Tapi biar barang yang bahaya tiada di situ. Bila dia sudah lebih tenang sikit, ambil dan peluk dan beritahu dia, kenapa anda tidak boleh beri barang itu. Cara ini untuk anak di bawah 1.5 tahun.

  • TENANGKAN ANAK DENGAN 4 LANGKAH (1.5 HINGGA 4 TAHUN)

Bila anak sudah 1.5 tahun, anak sudah mula mengamuk atau tantrum. Tantrum ini lebih kerana ledakan emosi yang tidak dikendalikan dengan elok. Contoh kekecewaan, kesedihan, penat, tidak cukup tidur, tidak faham kenapa dimarah, tenaga tengking yang diterima, TIDAK CUKUP BERMAIN AKTIF TERUTAMA DI LUAR RUMAH, tidak boleh melakukan banyak perkara kerana dilarang atau kerana badannya belum cukup besar dan banyak lagi.

Bila ledakan emosi ini berlaku, anak akan mengamuk dan seolah-olah monster akan keluar dari diri anak itu. Anda perlu tahu, anak itu sendiri takut bila ini berlaku. Oleh itu, apa yang anda boleh buat ialah menenangkannya. Buat seperti gambar yang Ibu sertakan ini (peluk dari belakang akan kurang impak rontaannya pada anda).

BACA>>> Pelukan Mak Ayah Ibarat Ubat Penenang Anak. Inilah Sebabnya…

Walaupun dia meronta dan memukul anda, peluklah dan bacakan ayat dan bersuara dengan berbisik ke telinganya. Katakanlah perkara yang positif dan bacakan doa. Lepas dia sudah tenang, basuhkan mukanya dengan air yang telah dibaca doa mengikut kaedah agama masing-masing.

Mandikan pun lagi elok dan beri dia tidur kerana semasa dia ‘bergelut’ dengan monster dia itu, dia amat letih. Semoga Allah memudahkan kita didalam mendidik anak-anak kita.

SUMBER: Ibu Rose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda