MELAYAN kerenah anak yang suka memberontak memang mencabar. Kadangkala boleh menyebabkan tekanan terhadap ibu bapa.

Rupa-rupanya, sikap anak suka memberontak itu ialah disebabkan kesilapan ibu bapa yang tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Baca perkongsian Dr Taufiq Razif tentang 5 kekurangan ini yang jadi punca kenapa anak suka memberontak.


Kalau kita nampak anak kita suka memberontak dan macam susah nak dengar cakap. Cuba periksa dulu benda ni. Ada atau tidak kita buat anak kita rasa 5 benda ini:

1. RASA DIDENGARI

Selama ini kita betul-betul dengar suara hati anak kita tak? Atau kita paksa anak dengar arahan kita saja?

2. RASA DIHARGAI

Selama ini kita betul-betul puji usaha anak kita ataupun kita cuma puji result dia? Kita puji anak belajar bersungguh-sungguh selama ini atau kita cuma puji apabila dia skor A saja?

3. RASA DITERIMA

Selama ini ada tak kita kritik anak kita sampai dia pun rasa menyampah dengan diri sendiri? Jangan main-main dengan kritikan ibu bapa. Jangan sampai anak rasa dirinya tidak berguna sampai rosak imej diri.

4. RASA DIKENALI

Betul ke kita kenal anak? Kita tahu tak minat dan kecerdasan dia cenderung ke arah mana? Linguistik atau kinestetik badan? Atau kita kenal tak apakah bahasa cinta (love languages) bagi anak kita? Dia lebih suka sentuhan kasih sayang atau masa berkualiti (quality time)?

5. RASA DIFAHAMI

Selama ini ada tak kita ambil tahu kesukaan (passion) dan minat anak? Atau kita asyik paksa minat dan cita-cita kita ke atas dirinya? Apabila anak luah perasaan, ada tak kita tengking dan jerit kepada dia? Padahal kita sendiri pun menderita kalau  asyik pendam perasaan sendiri, apatah lagi anak kita.

Cuba periksa diri kita dan pasangan kita. Ada tak kita buat anak kita rasa 5 benda di atas ni?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda