KELAKUAN anak yang suka menghentak kepala pada lantai mahupun dinding sememangnya mengundang kerisauan pada ibu bapa. Apa tidaknya, jika dilayan makin menjadi-jadi.

Jangan risau, perkara ini agak normal bagi  bayi berusia 6 bulan ke bawah. Bagi ibu bapa yang tidak tahu apa tujuan anak hentak kepala, boleh baca artikel ini untuk pengetahuan bersama.

BACA>>> Anak Kerap Terhantuk, Bahaya atau Tidak?

ANAK SUKA HENTAK KEPALA? NORMAL KE?

Ramai mak mengadu anak suka hentak kepala. Head banging ala-ala rockers. Ada yang suka hentak ke lantai, ada suka hentak ke dinding. Tapi perbuatan itu biasanya tidak menyenangkan kita sebagai mak mak.

Head banging ini sebenarnya agak common. Dari 5 orang bayi yang dilahirkan, 1 orang suka headbanging. Agak-agak kenapa bayi head banging?

1. MENENANGKAN PERASAAN

Ada bayi bangun malam-malam dan buat headbanging untuk tidurkan diri sendiri. Ada yang buat atas tilam, ada yang buat dekat dinding. Semua nak tenangkan diri ala-ala rocking chair.

2. MELEGAKAN SAKIT

Ada bayi yang bila ada jangkitan di telinga atau bila tubuh badan terasa sakit, dia akan buat headbanging. Tujuannya untuk distract diri dia daripada berasa sakit.

3. KEKECEWAAN

Ada bayi bila sedang tantrum, dia akan buat headbanging. Sebab bayi ini kurang perkataan untuk describe perasaan yang sedang kecewa ini, biasa bayi akan memilih untuk menunjukkan dengan fizikal.

4. CUBA MENDAPATKAN PERHATIAN

Ok cycle dia begini, bayi buat headbanging tapi reaction mak mak yang overworried itu buat baby suka. Rasa macam dapat perhatian yang diinginkan. Next time nak lagi, dia akan buat lagi.

5. MASALAH PERKEMBANGAN

Selalu headbanging dikaitkan dengan masalah perkembangan seperti autism. Jika anda perasan bayi anda lambat sedikit maka boleh beritahu doktor untuk assessment selanjutnya. Namun, headbanging sahaja bukanlah diagnosis ada masalah perkembangan. Harus ada simptom lain juga.

BACA>>> 5 Jenis Perangai Melampau Anak Yang Kita Mesti Didik Dan Tegur Dari Kecil

APA PERLU BUAT BILA ANAK SUKA HENTAK KEPALA?

1. BERI PERHATIAN

Bukan pada perkara headbanging. Tapi perkara lain yang positif. Jika anak headbanging, cuba buat tidak tahu. Jangan halang sebab bila anda menghalang pun merupakan satu bentuk perhatian juga pada anak.

2. JAUHKAN DARI BAHAYA

Kalau suka hantuk ke dinding, jauhkan dari dinding. Kalau suka hantuk pada pagar, jauhkan.

3. JANGAN RISAU

Kalau budak hantuk kepala sampai lebam ini biasa dia tahu bila dia sakit. Kalau hantuk kuat dia sakit sangat, next time dia hantuk perlahan sikit.

4. GUNA RUTIN TIDUR YANG MENENANGKAN

Sebelum tidur mandikan baby, gosok-gosok belakang, zikir ke, buat perkara yang menenangkan dia supaya dia tidak perlu hentak-hentak kepala untuk tenangkan diri.

5. JUMPA DOKTOR JIKA MEMUDARATKAN

Berjumpalah doktor jika anda rasa perbuatan head banging amat merisaukan. Lebih-lebih lagi bila disertai dengan kelewatan dalam perkembangan.

Biasa headbanging ini terjadi masa 6 bulan. Masa mula nak makan. Entahlah kenapa. Well, kalau baby nak mula makan jangan lupa cuba toddible baby food.

SUMBER: Amalina Mohd Daud

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda