JIKA anda perasan, anak anak sering jatuh sakit selepas berkunjung ke kolam renang atau tempat rekreasi.

Situasi ini di kenali sebagai Recreational water illness (RWI) iaitu merujuk kepada pelbagai jenis penyakit yang mungkin disebarkan oleh lokasi rekreasi seperti kolam mandi, kolam air panas, spa, sungai, danau, dan lautan.

  • Sekiranya air yang mengandungi kuman masuk ke saluran penghadaman, anak akan mengalami gejala muntah dan cirit birit.
  • Kuman yang masuk ke mata dan telinga boleh menyebabkan jangkitan di bahagian bahagian tersebut. Mata akan menjadi pedih dan kemerahan.
  • Selain itu, sekiranya kulit ada luka dan kecederaan, kuman boleh masuk ke tubuh menerusi luka.
  • Jangkitan pernafasan seperti batuk, sakit tekak dan selsema juga boleh berlaku apabila kuman meruap dan masuk ke saluran pernafasan.

BACA>>> Mak Ayah Perlu Tahu 5 Risiko Kesihatan Ini Bila Bawa Anak Mandi Kolam

BUKANKAH KLORIN BOLEH MEMBUNUH KUMAN?

Ya, bahan kimia yang di masukkan ke dalamnya seperti Klorin sepatutnya dapat membunuh segala macam kuman di dalam kolam renang.

Namun begitu, sekiranya kolam itu di cemari dengan najis, air kencing dan kekotoran, bahan kimia ini tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna.

BAU BAHAN KIMIA YANG KUAT?

Sekiranya anda menghidu bau bahan kimia yang kuat di kolam renang, ia sebenarnya bau kekotoran, najis dan kencing yang telah bercampur dengan klorin!

Oleh itu, sila peka kepada bau dari kolam renang, sekiranya anda menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan, ia bermakna kolam tersebut mugkin boleh menjadi punca penyakit berjangkit.

PERANAN SEMUA PIHAK AMAT PENTING UNTUK MEMASTIKAN  KEBERSIHAN KOLAM RENANG

PALING PENTING…

  1. Jangan kencing atau berak di dalam kolam renang.

2. Jangan biarkan anak anak mandi sekiranya mereka tidak sihat.

3. Bersihkan badan di pancuran air sebelum masuk ke kolam renang (ini ramai yang tidak buat)

4. Jangan mandi sekiranya anda mempunyai sebarang luka terbuka.

5. Jangan minum air kolam atau berkumur didalam kolam.

6. Gunakan lampin pakai buang khas untuk berenang.

BACA>>> 6 Tip Ajar Anak Supaya Tidak Takut Berenang

Air yang biru jangan di sangka tiada kuman!
Jangan jadikan percutian ke kolam renang dan taman tema air sebagai punca jangkitan penyakit anak anda.

SUMBER: PublicHealthMalaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda