ANAK remaja jika dibiarkan tanpa perhatian boleh menyebabkan mereka kurang kepercayaan pada ibu bapa mereka, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada rakan-rakan.

Ibu bapa jangan terlupa hubungan baik dengan anak remaja ini adalah sangat penting. Jika ada yang sudah mula menjauhkan diri, masih tidak terlambat menambat hati mereka semula.

Berikut kami kongsikan punca dan cara mengatasi masalah ini dalam kalangan remaja. Semoga bermanfaat.

BACA>>> Guna 7 Cara Ini untuk ‘Ajar’ Anak Remaja yang Bermasalah

ANAK REMAJA SEMAKIN MENJAUHKAN DIRI… KENAPA? DAN BAGAIMANA MAHU RAPAT KEMBALI

Kenapalah anak aku ni, aku ke atas dia ke bawah, aku menghampir, dia menjauh. Sunyi saja.”

“Geram betul. Ada saja jawapannya. Kalau ikutkan hati nak je cili-cilikan mulut dia tu.”
“Stress betul! Ada aja yang tak kena. Kemain melawan sekarang.”

Begitulah diantara suara hati ibu bapa berkenaan anak remajanya. Semakin hari semakin merunsingkan. Sudah tidak tahu buat bagaimana. Apa yang terjadi sebenarnya?

Baiklah, Ibu kongsikan di sini ya.

Bila seorang anak itu mencapai remaja, dia akan merasakan dirinya sudah besar dan mahu berdikari. Dia tidak suka lagi berkepit dengan ibu bapanya. Mungkin dia merasakan tidak cool lagi.

Walaupun pemikiran begini tidak sihat, namun, ramai anak-anak remaja lebih tertekan untuk menurut Peer (kawan) mereka dari ibu bapa dan keluarga.

Mereka akan mula membanding keadaan hidup keluarga lain dan dalam banyak situasi lebih menyangka kehidupan orang lain lebih baik dari kehidupan mereka.

APAKAH PUNCANYA?

Di antara sebab keadaan ini berlaku adalah:

1. Dari kecil pertalian dengan anak itu tidak dijaga dan tidak mematangkan.
2. Anak-anak selalu dikongkong atau terlalu dibiar.
3. Anak remaja itu masih dilayan seperti anak kecil dan semua benda dilakukan untuknya. Dia tidak belajar bertanggungjawab terhadap barang-barang dia dan hidup dia.
4. Dalam menyemaikan nilai-nilai murni dan kefahaman agama, sebab dan penjelasan yang baik dan logik tidak diberi.
5. Semasa kecil, anak itu sering dididik dengan menakutkan atau takut-takutkan. Contoh, “Buatlah jahat…nanti abang polis tu tangkap.”
6. Perbincangan dengan anak-anak remaja tidak memberangsangkan otaknya untuk berfikir, lekat pada EQ dan SQ sehingga hati dan jiwa kosong. Sedangkan pada usia ini, anak remaja sudah boleh dibawa bersembang perkara-perkara yang lebih mencabar minda. Contohnya, “Kenapa kita perlu ada tujuan mulia dalam melakukan sesuatu?” , “Kenapa pengurusan wang/ masa sangat penting?”

Bila semua atau salah satu perkara ini berlaku; anak itu membesar dengan semua body parts dah sampai tapi kematangan, namun kemampuan berfikirnya masih terbantut.

Pada usia 18 tahun Usamah r.a telah memimpin angkatan tentera perang. SubhanaAllah.

BACA>>> Doa Penunduk Untuk Anak Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

KENAPA ANAK REMAJA MENJAUHKAN DIRI?

Sebab dia tidak rasa kita ini orang yang dia mahu ada dalam space dia. Anak remaja sangat menjaga space mereka. Dan jika perhubungan dengan ibu bapa mereka iaitu anda hanyalah do & don’t, maka lebih baik pekakkan sahaja telinga.

Cara berfikir dan jauh sangat berbeza dan ini terjadi kerana masa bersama selama hari ini tidak dilakukan dengan sedar untuk membina pertalian yang rapat.

BAGAIMANA CARA UNTUK RAPAT SEMULA DENGAN ANAK

Be interested in them. Cuba kenali kembali siapa remaja anda ini? Apa minat dia, apa kerisauan dia? Apa keseronokan dia? Siapa idola dia?

Jangan hentam idola dia walaupun anda rasa memang tidak patut dan bukan contoh yang baik. Dengar dulu, rapatkan diri dulu, lepas itu barulah semai kembali nilai murni; nanti bila nilai itu dia terima; dengan sendirinya dia akan pilih idola baru.

SUMBER: IbuRose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda