SERINGKALI kita lihat ibu bapa menyogok anak-anak dengan gajet apabila mereka merasakan anak mula bosan kerana beranggapan anak mula meragam dan mengamuk.

Namun, sebenarnya rasa bosan pada kanak-kanak memberikan kesan yang baik kepada perkembangan mereka.

Perasaan yang dialami mereka itu akan mendorong kanak-kanak berfikiran lebih kreatif dan bijak.

BACA>>> Main Bersama Anak Bantu Tingkatkan Asas Komunikasi Berkesan

Tahukah anda rasa bosan yang dialami oleh kanak-kanak adalah baik untuk perkembangan kognitif (pemikiran) mereka?

Untuk mengatasi rasa bosan kanak-kanak akan:

1. BERFIKIRAN KREATIF

Menggunakan pemikiran kreatif (creative thinking) untuk memikirkan idea dan aktiviti yang unik dan di luar dari kebiasaan.

2. MENGGUNAKAN KAPASITI IMAGINATIF

Mereka akan menggunakan kapasiti imaginatif ini untuk membayangkan, melakonkan, meniru watak, karakter dan pekerjaan yang pernah dilihat atau didengari. Imaginasi juga mendorong penggunaan bahan yang pelbagai untuk membentuk dan membina sesuatu rekaan. Selain itu, imaginasi juga memupuk penggunaan bahasa dan perkataan untuk meluahkan dan menyampaikan perasaan dan pemikiran.

3. PRAKTIK KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH

Mereka akan mempraktikkan kemahiran penyelesaian masalah (problem solving) bagi merancang dan mencapai sesuatu matlamat yang cuba dicapai.

Selain itu, percubaan untuk mengatasi rasa bosan juga mengajar kanak-kanak untuk:

  • Bergantung kepada diri sendiri dan tidak berharap untuk sentiasa dihiburkan oleh ibu bapa atau orang lain.
  • Membina ketahanan jiwa (resilience) ketika melalui saat yang sukar dan menekan.

BACA>>> Kanak-Kanak ‘Gila Gajet’ Berisiko Hidap Pseudo Autism dan Sakit Mental?

Jika kita sering menyogok kanak-kanak dengan gajet atau TV ketika waktu lapang atau apabila mereka kebosanan, kita terlepas peluang untuk memupuk skil penting bagi membina perkembangan kognitif mereka.

Berilah peluang untuk mereka merasa bosan dan memikirkan cara untuk mengatasi kebosanan.

Tentu ada sahaja idea yang dapat mereka fikirkan dengan sendiri.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

SUMBER: ParentConnect

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda