ANAK saya sudah 4 tahun tetapi masih pelat bercakap, kenapa ye? Itulah antara masalah dihadapi sesetengah ibu bapa yang mengalami masalah anak pelat.

Jangan risau, apa kata uji dulu anak kita untuk pastikan dia betul-betul pelat atau sebaliknya menerusi ujian pendengaran. Hanya selepas dapat dipastikan anak kita itu  pelat, bolehlah mulakan terapi ini di rumah.

Berikut perkongsian Pakar Terapi Tutur, Ruby Atika:

KENAL PASTI MASALAH PELAT ANAK

1. Pastikan umur bahasa sama dengan umur sebenar. Maksudnya tiada masalah kelewatan bahasa.

2. Jika umur bahasa sesuai dengan umur (boleh bercerita, main teka teki, ayat panjang dan ada kata penghubung, jawab soalan dengan ‘kenapa’). Maka, ibu bapa kena pastikan apakah anak itu sedar dia pelat? Apakah dia boleh bezakan bunyian kecil seperti:

  • Tangga/Mangga
  • Satu/Batu
  • Pokok/Rokok
  • Kopi/Topi
  • Kari/Sari

Perbezaan ini perlu dinilai bukan dalam peringkat satu perkataan, tetapi dalam ayat.

3. Nilai semua konsonan dan vokal anak dalam 3 kedudukan berbeza, iaitu awalan, tengah dan hujung perkataan. Contohnya:

  • Awalan S – sabun
  • Tengah S – basuh
  • Hujung S – bas

Apakah kedudukan S salah di semua kedudukan? Atau ada yang betul? Bermakna pelatnya tidak konsisten. Selepas mengenal pasti masalah, ibu bapa patut jelas apakah masalah dihadapi anak. Contohnya:

  • K jadi T – kakak disebut tatak
  • S jadi C – Nasi disebut naci
  • B jadi M – Bomba jadi mome
  • Ng jadi M – Pisang

JENIS-JENIS PELAT

1. Ganggungan fonologikal (phonological disorder)
2. Gangguan artikulasi (articulation disorder)

Pakar Terapi Tutur akan membuat penilai sama ada anak tergolong dalam kes 1 atau 2.

Gangguan artikulasi ialah masalah sebutan yang disebabkan posisi letak lidah/bibir/rahang yang salah, manakala gangguan fonologikal ialah anak bermasalah memudahkan sebutan dan gaya sebutan pelat, biasa berlaku kepada anak yang baru membesar.

Pendekatan untuk melatih kedua-dua jenis pelat ini berbeza. Jadi, pakar terapi tutur yang betul perlu dipilih mengikut jenis pelat anak.

CARA MELATIH ANAK PELAT DI RUMAH

LANGKAH 1

  • Sebut aaaaa… dulu
  • Kemudian sebut aaaaaak… maka dia akan jadi ata
  • Tekan lidah depan dia menggunakan kayu aiskrim, sambil sebut aaaaka.
  • Ulang 5 kali
  • Jarakkan kayu aiskrim dari lidah, tapi masih dalam ruang mulut anak, ulang 5 kali.
  • Jarakkan kayu aiskrim dari mulut tetapi masih nampak kayu. Sebut aka 5 kali.

LANGKAH 2

  • Kalau anak pelat ‘pisang’ jadi ‘pisam’ atau ‘abang’ jadi ‘abam’. Ibu bapa boleh ajar anak nyanyi lagu Doraemon. Kalau ‘ang ang ang’ jadi ‘am am am’, bawa anak lihat cermin.
  • Sebut sana-sama supaya dia nampak perbezaan ketika kita sebut ‘ang’ dengan mulut terbuka, kalau ‘am’, mulut tertutup.
  • Jika berja, ajak anak  bermain lawan-lawan. Senaraikan perkataan dengan ‘ng’ dan latih menyebut.

LANGKAH 3

  • Jika anak pelat S, mulakan ajar bunyi ular ‘sssss…’.
  • Kalau tidak keluar bunyi, ajar tiup wisel.
  • Guna cermin dan tunjukkan anak, lidah depan mesti ke gigi bawah.
  • Cicah jari kelingking dengan sedikit air, kemudian letak di bibir dan rapat di bibir bawah, dan rasakan desiran angin pada jari. Sebutkan ‘sssss…’
  • Selepas itu, ajar sebut bas, kipas, emas, lipas atau perkataan yang berbunyi S di hujung.
  • Suruh sebut S di tengah, misalnya basah, basuh dan masak.
  • Suruh sebut S di depan, misalnya sabun, sakit dan suka.
  • Seterusnya, suruh sebut S dalam ayat, misalnya saya masak nasi

Selamat mencuba!

SUMBER: Rubyatika

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda