SCROLL album, terjumpa gambar Haziq masa warded di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu.

Waktu itu, kami sebenarnya nak pergi bercuti ke JB. Dalam perjalanan ke sana, Haziq moody. Makan tak nak, minum pun kena paksa. Tapi kami anggap mungkin sebab dia demam.

Sampai hotel nak check in, Haziq menangis non stop. Serba tak kena. Masuk tandas, tengok diaper kering. (Aik, takkan tak kencing langsung. Pelik ni.)

Haziq mula nangis sekuat hati, tak ada kompromi dah. Dia cakap sakit kat perut. Tekan perut dah keras, pundi dah keras. Tak sempat check in, kami pi klinik. Hari Ahad, klinik banyak tutup. Syukur jumpa satu klinik yang buka.

BACA>>> Nak Anak Gemuk Tetapi Sihat? Mari Cuba 8 Makanan Berkhasiat Ini…

HAZIQ TAK KENCING LEBIH 4 JAM 

Doktor check, doktor minta terus ke Hospital, bahagian kecemasan. Kami blur. Doktor explain, Haziq tak kencing dah lebih 4 jam. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Boleh akibatkan pundi kencing pecah! (Masa ni, Allah saja tahu apa perasaan kami).

Hujan lebat, kami redah cari hospital berhampiran. Terus berlari bawak Haziq ke bahagian kecemasan. Bila doctor panggil dan check Haziq, doctor terus refer ke bahagian red zone! (Ummi dah nak nangis masa ni.

Datang doktor pakar, minta Haziq buat xray. Saluran air kencing dah penuh dan terlalu sendat. Usus Haziq dah membengkak, kalau lambat keluarkan air kencing, boleh effect buah pinggang Haziq! Allahuakbar, ummi rasa nak pengsan. Kaki dah tak kuat, seram sejuk badan, dukung Haziq. Ayah Haziq kat luar menunggu.

Doktor ambil darah Haziq, Haziq pun meraung kesakitan. Ummi mampu peluk dan pujuk Haziq je. Paling gerun, bila doktor nak masukkan tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Risiko? Ya, ada risiko nya. Tapi, itu saja cara yang ada.

Dua kali Doktor cuba, tak juga boleh. Haziq dah pucat kesakitan menangis. Merayu kat ummi, nak balik. Ummi mampu peluk Haziq, ummi tak kuat nak pandang mata Haziq waktu ni. Apa yang silap, kenapa Haziq tak boleh kencing macam biasa.

HAMPIR KENA BEDAH

Doktor kata, kena buat operation jugak! OT room doktor dah booked. Tunggu doktor pakar datang. Ya allah, ummi rasa nak pitam. Takkan sampai kena operate!!!

Haziq kena naik ke ward sementara, tunggu Doktor pakar datang. Ada sesi interview. Nurse tanya bila last Haziq buang air besar, apa menu Haziq makan dan minum, berapa kali kekerapan yang biasanya Haziq buang air besar dan kecil.

Habis tu, Doktor pakar datang. Tengok result darah dan xray Haziq. Doktor minta izin cuba masukkan sekali lagi tiub untuk keluarkan air kencing Haziq. Ummi dengan berat hati, terpaksa akur. Ayah Haziq pun ada sekali, sama-sama risau tengok anak yang dalam kesakitan.

Tiub yang ada besar, doktor explain apa risikonya. Kalau silap cara, boleh akibatkan luka dan maybe boleh akibatkan kemandulan pada Haziq. Ya allah, berita apa lagi ni. Kami tak ada pilihan. Kami serahkan pada doktor pakar buat keputusan. Selebihnya, kami mampu berdoa saja pada Allah untuk Haziq.

Alhamdulillah, doktor berjaya keluarkan air kencing Haziq. Kemudian, doktor masukkan ubat untuk pelembut najis. Haziq tak membuang baru 1 hari, tapi kami tak sangka hasilnya sampai buat dia sakit macam tu. Selalunya dia akan membuang setiap hari sekali sekurang-kurangnya.

BACA>>> Apa Makanan yang Boleh Diberi Untuk Bayi Usia 6 Hingga 12 Bulan?

DOKTOR SYAK PISANG JADI PUNCA

Bila borak dengan doktor, doktor syak Haziq jadi macam tu sebab ‘pisang’. Yea, pisang! Doktor explain gambar xray usus dan pundi Haziq. Usus penuh dan padat langsung tak ada ruang. Najis terlalu banyak, kalau tak keluarkan, usus boleh pecah.

Dan, paling buat kami terkejut, doktor kata pisang adalah salah satu punca kanak-kanak sembelit teruk. Bukan Haziq sorang, tapi dah banyak kes jadi macam tu sebab makan pisang.

Haziq suka pisang. Kebetulan memang seminggu tu dia kerap makan pisang. Menu yang lain semua sama saja. Air masak dia minum jugak, tapi tak cukup doctor kata. Kalau makan pisang, kena lebihkan ambil air kosong daripada biasa.

Pisang akan buat najis jadi banyak, dan usus akan jadi sendat, padat. Maafkan ummi sayang. Ummi ingatkan pisang ni melawaskan, tapi sebaliknya.

Sejak dari kes tu, kami kawal Haziq. Kalau makan pisang, cukup sebiji. Lepas itu, memang kami akan bagi dia air kosong banyak-banyak.

Ni lah kisah yang kami takkan lupakan. Hanya kerana pisang, Haziq nyaris kena operate. Sejak Haziq hadir dalam hidup kami, slowly banyak perkara yang kami tak pernah tahu, jadi tahu. Benda yang kami tak pernah kisah, sekarang jadi keutamaan kami.

Betul kata orang, bila kau dah ada anak, hidup kau akan berubah 360°!! Tu la kisah Haziq, Ummi ter throw back malam ni. Hehe, ada ke ni yang baca?

Ingat ya, siapa ada anak kecik. Jangan bagi anak makan pisang banyak sangat. Kalau anak tak kencing lebih 4 jam, terus ke Hospital tau. Jangan pergi Klinik.

Banyak lagi kisah Haziq ni. Nanti ada masa kita sembang lagi. Sampaikan pada kawan-kawan yang ada anak kecik tau. Pantau diaper anak selalu.

#HanyaKeranaPisang

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda