PERKARA yang sering terlepas pandang oleh ibu bapa apabila anak dirujuk ke hospital untuk rawatan terperinci adalah membawa ubat yang diambil oleh anak sepanjang tempoh rawatan di rumah.

Membawa ubatan yang telah diminum oleh anak banyak membantu doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Jangan ambil lewa.

Berikut adalah perkongsian Public Health Malaysia tentang kepentingan membawa ubatan-ubatan mahupun suplimen yang diambil oleh anak.

MASUK KE HOSPITAL, APAKAH YANG PERLU DIBAWA?

Tahukah anda pesakit digalakkan untuk membawa ubat-ubatan sendiri (patient’s own medicines atau POMs) apabila dimasukkan ke hospital?

Maklumat berkaitan ubat-ubatan yang sedang diambil oleh pesakit adalah amat penting. Oleh itu, pesakit atau penjaga perlu membawa semua ubat yang sedang diambil bersama-sama apabila dimasukkan ke hospital.

BACA>>> Guna Ubat Punggung untuk Anak Demam yang Tidak Mahu Makan Ubat

APAKAH KELEBIHAN MEMBAWA UBAT ANDA KE HOSPITAL?

  1. Membantu pegawai farmasi dan doktor mendapatkan gambaran jelas berkaitan ubat yang sedang anda ambil.
  2. Memastikan anda mendapat ubat yang betul semasa berada di hospital.
  3. Memastikan ubat tersedia apabila diperlukan serta dapat diambil sepanjang pengambilan ubat.
  4. Mengenalpasti kesan sampingan atau alahan yang dialami sepanjang pengambilan ubat.
  5. Memastikan anda hanya membawa balik ubat terkini dipreskripsikan oleh doktor. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kesilapan pengubatan berlaku di rumah.
  6. Mengelakkan pembaziran ubat yang berlebihan.

APAKAH JENIS UBAT YANG PERLU DIBAWA?

  • Semua ubat yang dipreskripsikan oleh doktor di hospital kerajaan atau swasta.
  • Supplemen atau produk tradisional yang digunakan.

BACA>>> 4 Tip Mudah Ingat Nama Ubat, Kenapa Perlu Ingat?

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

  • Serahkan ubat yang anda bawa kepada pegawai farmasi di dalam wad.
  • Sentiasa bawa ubat-ubatan dalam bekas asal dan berlabel.

BAGAIMANAKAH JIKA ANDA LUPA MEMBAWA UBAT TERSEBUT?

  • Boleh meminta penjaga untuk membawanya ke hospital.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada profesional kesihatan yang bertugas di wad.

*Jangan cakap hospital sudah ada banyak ubat pula bila diminta bawa bersama.

SUMBER: Public Health Malaysia

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda