SIAPA yang tidak risau apabila tengok badan anak sudah kurus sangat. Bukannya tidak beri makan, macam-macam sudah disuap, tetapi berat badan macam itu juga. Naiknya tidak.

Sebagai ibu bapa, situasi macam itu memang merisaukan. Apatah lagi kalau anak semakin membesar dan tinggi, tetapi berat badannya masih tidak berubah!

Ada pelbagai faktor yang membuatkan anak kita kurus. Boleh jadi faktor genetik atau anak sendiri memang kurang selera makan. Kepada ibu bapa yang mahu tambah berat anak secara sihat, jom kita berikan dia 10 makanan berkhasiat ini:

1. MENTEGA

Ada yang anggap mentega tidak bagus untuk kesihatan sebab banyak lemak. OK, pilih mentega asli kerana mengandungi sumber lemak tinggi dan bagus untuk anak yang hendak tambah berat badan. Lemak tinggi bukan tidak baik, badan manusia juga memerlukan sumber lemak, tetapi mestilah lemak yang baik.

2. MENTEGA KACANG

Kacang mengandungi sumber protein dan lemak tinggi. Beri si manja makan mentega kacang dengan roti, epal atau makan begitu saja kalau mereka suka. Makan mentega kacang setiap hari dan lebih baik lagi kalau kita buat sendiri mentega kacang di rumah.

3. SUSU DAN KRIM

Susu ialah sumber protein dan karbohidrat untuk badan. Berikan si manja sekurang-kurangnya 2 gelas susu sehari. Kalau dia memang tidak suka minum susu, boleh juga campurkan susu dengan bijirin, ‘milkshake’ atau ‘smoothie’. Tambah krim segar daripada susu ke dalam makanan si manja.

4. TELUR

Memang sudah sahih telur ialah sumber protein terbaik. 100g telur mengandungi kira-kira 13g protein. Jadi, beri anak kita makan telur setiap hari. Selain protein, telur juga ada vitamin A dan B12 yang penting untuk perkembangan si manja.

5. PISANG

Selain bertindak sebagai sumber tenaga, sebiji pisang mengandungi kira-kira 105 kalori. Pisang ialah makanan tinggi kalori. Berikan anak makan makanan sihat yang tinggi kalori untuk menambah berat badan

6. AVAKADO

Avakado sangat baik untuk anak yang tidak cukup berat badan. Makanan ini mengandungi lemak baik yang tinggi dan kaya nutrien. Jom beri si manja makan makanan berlemak yang sihat.

7. AYAM

Protein ialah sumber penting untuk membina otot. Beri si manja makan ayam untuk tambah berat mereka. Masaklah ayam panggang, sup atau masak kicap kepada anak. Pasti lebih berselera dia hendak makan.

8. KENTANG

Beri sekurang-kurangnya 40 peratus sumber karbohidrat dalam makanan si manja setiap hari untuk tambah berat. Kentang mengandungi asid amino, arginin dan glutamin yang dapat membuatkan anak lebih berisi dan sihat.

9. DAGING MERAH

Daging lembu atau kambing ialah sumber semula jadi yang kaya zat besi dan lemak. Selain daging, ikan salmon juga baik untuk menambah berat badan.

10. BUAH TROPIKA

Inilah makanan wajib untuk anak kita setiap hari – buah-buahan dan sayuran. Buah betik, mangga, nanas dan lain-lain kaya dengan gula semula jadi yang dapat memberikan tenaga dan menambah berat badan si manja.

Amalkan pemakanan sihat setiap hari dan lakukan dengan penuh kesabaran. Jika berat si manja tidak juga naik, bawa mereka berjumpa pakar kanak-kanak. Semoga bermanfaat buat kita dan anak-anak.

SUMBER: MomJunction

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda