KANAK-kanak atau bayi kerap kentut dan sendawa seperti orang dewas adalah disebabkan masalah gas berlebihan dalam badan. Jangan risau, situasi itu masih dikira normal walaupun dia mungkin sudah membuang angin hingga 23 kali sehari.

Bagaimanapun, gas berlebihan dalam badan membuatkan kanak-kanak rasa tidak selesa dan mengalami simptom selain kentut seperti kembung perut, menangis tanpa henti, sendawa, dan perut kejang. Pada masa sama, kita juga perlu mengawasi sebarang petanda simptom lain yang berisiko mengundang bahaya.

APA SEBAB ANAK MENGALAMI GAS BERLEBIHAN

1. TELAN BANYAK ANGIN

Tabiat mengunyah gula-gula getah, menghisap jari, makan terlalu pantas atau minum menggunakan straw boleh menambahkan gas dalam perut. Gas bertambah dalam badan bayi ketika dia menghisap puting atau menyusu dalam posisi tidak betul.

2. MAKAN MAKANAN BERGAS

Makanan yang menghasilkan gas dalam badan anak kita tidak semestinya sama seperti gas dalam kanak-kanak lain. Ini bergantung kepada bagaimana badan seseorang kanak-kanak itu menghadam karbohidrat dan jenis bakteria yang ada dalam usus.

Antara jenis makanan yang boleh menghasilkan gas berlebihan ialah kacang, brokoli, kubis Brussels, kubis, minuman berkarbonat, bunga kubis, epal, pic dan pir, makanan berasaskan bijirin, gula-gula getah, gula-gula keras, daun salad, susu dan hasil tenusu dan bawang.

3. KOMPLIKASI GASTROUSUS

Beberapa penyakit seperti penyakit Crohn, pertumbuhan bakteria berlebihan dalam usus kecil (SIBO), ketidakhadaman, sembelit dan cirit-birit boleh menyebabkan gas berlebihan berkumpul dalam saluran usus.

4. INTOLERANSI TERHADAM MAKANAN

Intoleransi makanan iaialh gejala kanak-kanak yang tidak mampu menghadam beberapa jenis makanan disebabkan kekurangan enzim. Makanan tidak hadam ini akan diuraikan bakteria dan menghasilkan gas.

Antara jenis intoleransi makanan yang biasa berlaku ialah laktosa yang ada dalam banyak produk tenusu atau fruktosa.


TANDA-TANDA BAHAYA PADA ANAK

  • Turun berat badan
  • Kurang bertenaga atau hilang upaya melakukan rutin harian
  • Najis cair atau cirit-birit yang berlarutan lebih seminggu
  • Abdomen membesar (membulat seperti belon)
  • Sakit perut berterusan yang mengganggu waktu tidur
  • Ada darah dalam najis
  • Kurang selera makan
  • Muntah

Jika anak kita mengalami simptom di atas, bawa segera dia berjumpa doktor.


BAGAIMANAKAH BANTU KURANGKAN GAS DALAM BADAN?

  1. Sapu dan gosok perut atau belakang badan anak.
  2. Jika disebabkan penyakit serius (IBS atau sembelit), rawatan ubat khas diperlukan (atas nasihat doktor).
  3. Jika disebabkan intolenrasi makanan, amalkan intervensi diet dengan elak mengambil makanan yang tidak boleh diterima badan anak. Awasi waktu makan dan amalkan gaya hidup sihat.

SUMBER: MyPositiveParenting.org

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda