JANGKITAN telinga merupakan antara salah satu masalah yang boleh dialami oleh bayi dan kanak-kanak seawal usia 6 bulan sekiranya kerap selsema. Jangan abaikan apabila anak mengadu sakit telinga.

Segeralah bawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut jika berlaku. Atau mungkin anda boleh cuba amalkan langkah dibawah ini.

BACA>>> Jangkitan dalam Telinga Anak Boleh Ancam Nyawa, Jangan Ambil Mudah

Doktor, kenapa telinga anak saya dah beberapa bulan asyik berair saja, kering sekejap, kemudian keluar lagi… susah nak baik,” keluh si ibu.

Soalan seumpama ini bukanlah jarang ditemui oleh mana-mana doktor. Kes-kes seperti ini boleh dikatakan kerap berlaku khususnya di kalangan kanak-kanak. Persoalannya, mengapa?

KENAPA ANAK KERAP MENDAPAT MASALAH INI

Beberapa sebab mengapa anak-anak kita kerap dan mudah untuk mendapat jangkitan pada telinga. Telinga kerap berair:

1. Struktur salur dipanggil eustachian tube pada kanak-kanak yang lebih pendek dan ‘horizontal’ berbanding orang dewasa.

2. Ini menyebabkan aliran udara dan cecair daripada telinga tengah ke bahagian belakang hidung tidak begitu baik, jadi pengumpulan cecair di telinga tengah ini menyebabkan jangkitan pada telinga lebih mudah berlaku.

3. Struktur eustachian tube yang lebih ‘horizontal’ ini juga menyebabkan jangkitan daripada belakang hidung ketika sakit tekak dan selsema ini mudah untuk merebak ke bahagian telinga.

4. Apabila kita menelan, eustachian tube ini akan membuka. Sama seperti apabila bayi yang menyusu, apabila tiub ini membuka ketika menyusu, ini menyebabkan susu akan mudah mengalir ke bahagian telinga tengah dan mudah jangkitan berlaku!

BACA>>> Kenapa Tahi Telinga Anak Keras? Apakah Tanda dan Cara Rawatan?

PETUA DAN LANGKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN

1. Pastikan apabila anak mengalami sakit tekak dan selsema berlarutan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital. Lewat mendapatkan rawatan akan menyebabkan jangkitan merebak ke telinga.

2. Pastikan telinga anak kering sekiranya mengeluarkan apa-apa cecair daripada telinga.

3. Kurang dan elakkan membawa anak mandi di kolam atau pantai yang kotor.

4. Jangan masukkan apa-apa ubat atau air untuk tujuan pembersihan telinga yang telah mengalami jangkitan.

Nota gambar:

Saya kongsikan kepada anda dua gambar yang menjelaskan bagaimana struktur eustachian tube yang saya sebut tadi. Strukturnya yang lebih ‘flat’ pada kanak kanak menyebabkan jangkitan mudah berlaku.

Dr Ezairy M Sallih
Doktor telinga, hidung & tekak

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda