GATAL-gatal, bintik-bintik merah, demam dan sakit badan. Adakah anak anda mengalami simptom tersebut? Jika ya, si kecil mungkin menghidap cacar air atau chicken pox. Apabila seseorang mendapat cacar air, badannya akan rasa sangat gatal dan juga mengalami demam.


BAGAIMANA CACAR AIR MEREBAK?

  • Melalui udara. Apabila seseorang yang menghidap cacar air batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar daripada lepuh (blister) cacar air.
  • Sentuh benda atau permukaan yang dibasahi cecair daripada lepuh tersebut.

JIKA ANAK TERKENA CACAR AIR, APA PATUT SAYA BUAT?

  1. Kuarantin pesakit.

2.  Ambil vitamin D kerana dapat membantu perlahankan jangkitan, juga menaikkan sistem imunisasi badan.

3. Dedahkan pesakit dengan cahaya matahari antara jam 7-8 pagi. Cukup 10-15 minit.

4. Ambil parasetamol untuk mengurangkan demam yang sudah cecah 39ºC.

5. Minum banyak air kosong, ini untuk mengelakkan dehidrasi.

6. Ambil makanan cecair seperti sup sayur dan buah-buahan yang ada vitamin C.

7. Makan minyak kelapa virgin atau minyak zaitun untuk menaikkan sistem imunisasi badan

8. Sentiasa pastikan tangan bersih. Kerap cuci tangan.

9. Bayi umur 6 bulan ke bawah, cuma perlu mandikan dia dengan air kelapa, daun semambu, atau mandian teh rooibos. Kerap beri susu badan kepada bayi kerana ia penawar terbaik.

10. Elakkan makan makanan laut (takut gatal pula nanti).

11. Beli vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, lumurkan pada parut untuk menghilangkan parut.

12. Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut dengan berkesan.


GUNA BAHAN SEMULA JADI RAWAT CACAR AIR

1. RAWATAN CACAR AIR GUNA DAUN SEMAMBU/ NEEM LEAF

Ambil segenggam daun semambu dan kisar hingga hancur. Selepas mandikan anak, tempelkan pada ruam atau kawasan yang bermasalah. Biar hingga kering, ruam akan kering cepat.

Satu lagi cara, ambil daun semambu dan masukan dalam besen mandi anak. Biarkan anak berendam dalam air suam bersama daun semambu. Daun semambu memang mujarab untuk hilangkan kegatalan dan dapat keringkan cacar air dengan cepat.

2. RAWATAN CACAR AIR GUNA MADU

Sediakan madu asli. Kemudian sapukan madu pada bahagian bermasalah dan biar hingga madu meresap ke dalam kulit. Cara ini boleh sembuhkan cacar air dengan cepat.

3. RAWAT CACAR AIR GUNA SODA BIKARBONAT

Sediakan soda bikarbonat, span lembut, gelas dan air. Caranya, bancuh soda bikarbonat  dengan gelas yang diisi air kosong. Kemudian ambil span dan gosokkan lembut pada ruam cacar. Cara ini boleh mengelakkan cacar air jadi lebih teruk.

4. RAWAT CACAR AIR GUNA AIR KELAPA

Untuk anak-anak berusia setahun ke atas, boleh beri minum sedikit air kelapa. Air kelapa boleh membantu menyejukkan badan. Selain itu, ia dipercayai dapat mengeluarkan bintik-bintik ruam dalam badan dengan lebih cepat. Memang berkesan, kami sudah cuba!

BACA: Tentang Cacar Air, Kenapa Anak Perlu Divaksin?

SUMBER: MedicalNewsTodayButikGebu

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda