ANAK jalan berjengket memang nampak pelik. Bagi ibu bapa yang baru kali pertama melihat perbuatan itu pasti rasa risau. Persoalan yang sering jadi tanda tanya, adakah perbuatan itu normal?

Pada usia bawah 2 tahun, ibu bapa tidak perlu risau kerana itu salah satu cara anak belajar mengimbangi badannya ketika berjalan. Tetapi, jika anak sudah berusia 3 tahun dan masih menjengkitkan kakinya, itu bermakna ibu bapa perlu bawa anak berjumpa pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut bagi apa masalah sebenar dia.

KENAPA ANAK JALAN MENJENGKET?

Ketika dalam rahim, anak berada di dalam keadaan sempit dan menyebabkan tendon Achilles (tisu menghubungkan otot betis dan tulang tumit) jadi tegang.

Ini memerlukan masa untuk merenggang selepas dilahirkan. Jadi dalam tempoh 11 hingga 14 bulan, normal untuk seseorang anak itu jalan berjengket.

Selalunya selepas 6 bulan mula berjalan, mereka akan berhenti berjengket. Dan pada usia 3 tahun, mereka sudah mampu berdiri seperti biasa.


MASALAH KESIHATAN YANG MUNGKIN MENYEBABKAN ANAK JALAN BERJENGKET

1. CEREBRAL PALSY

Bukan semua kes anak jalan berjengket disebabkan masalah saraf ini dan tidak semestinya terjadi. Tetapi ada sejenis cerebral palsy yang memberi kesan terhadap kaki dan cara anak berjalan.

Spastic cerebral palsy menyebabkan otot tegang dan mengakibatkan kesukaran berjalan.

Jika anak lahir tidak cukup bulan dan mengalami pendarahan otak, ini boleh menyebabkan cerebral palsy.

Dan boleh menyebabkan tendon achilles terlalu tegang dan tidak boleh menegakkan tapak kaki. Keadaan ini dipanggil spastic hemiplegia.

2. PERIVENTRICULAR LEUKOMALACIA

Anak jalan berjengket juga mungkin disebabkan lahir tidak cukup bulan dan sesetengah bayi mungkin menghadapi kerosakan saraf otak. Secara langsung, ini boleh menyebabkan masalah otot dan skil motor.

3. AUTISME DAN LAMBAT CAKAP

Jika anak kekal berjalan berjengket, mungkin kita perasan yang dia juga sukar bercakap. Ini mungkin tanda autisme.

NOTA: Berjengket saja bukan satu-satunya tanda autisme. Anda harus dapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar.

4. TENDON ACHILLES PENDEK

Tendon achilles akan merenggang perlahan-lahan ketika bayi membesar. Tetapi sesetengah kanak-kanak, ia tidak merenggang dan menyebabkan mereka berjalan berjengket.


BILAKAH PERLU DAPATKAN RAWATAN?

  1. Anak kehilangan skil motor yang dia pernah ada.
  2. Berjalan hanya menjengket.
  3. Tidak boleh letak tapak kaki secara menyeluruh atas lantai.
  4. Otot sentiasa tegang
  5. Tidak mampu buat aktiviti motor ringkas seperti membutangkan baju.
  6. Mudah jatuh.

Jika anak mempunyai tanda seperti di atas selepas usia 3 tahun. Bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya, selepas beberapa ujian dilakukan, doktor akan melakukan rawatan seperti:

  • Terapi
  • Simen (cast)
  • Pembedahan
  • Evaluasi neurologi dan perkembangan

SUMBER: TheAsianParentSingapore

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda